Wednesday 27 November 2013

Tip dan panduan untuk menempah kabinet dapur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam entry saya yang lalu saya telah diajukan soalan dari enie Zieta mengenai cara memilih kabinet dapur supaya tidak ditipu oleh kontraktor. Saya rasa soalan ini adalah satu soalan yang baik dan rasanya semua orang mengalaminya apabila kita nak memilih bahan dan kualiti yang baik untuk kabinet dapur kita.
Disini saya akan berikan sedikit tip dan panduan memilih kabinet dapur. Antaranya ialah :-
  • Tentukan apakah konsep yang kita inginkan. Moden atau klasik.
  • Berapakah kemampuan kewangan yang kita mampu sediakan.
  • Bahan yang kita ingini. Formika, polyster atau nyatoh.
  • Pastikan keluasan dan kelengkapan seperti handle, laci, rak,pintu bercermin dan sebagainya


Biasanya banyak kaedah yang kita gunakan untuk membuat kabinet dapur. Antaranya kaedah kayu padu, kaedah tampal, mengunakan partical board , MDF dan sebagainya. Secara peribadi saya syorkan kaedah kayu padu dan dikemaskan dengan laminated formika. Dapatkan penerangan yang sejelas-jelasnya dari kontraktor tentang bahan yang digunakan seperti berapa set laci yang diberikan,Aluminium edging atau ABS edging, handle yang digunakan,permukaan table top dan sebagainya. Jangan terpengaruh dengan harga yang murah kerana harga yang murah akan menentukan kualiti bahan yang digunakan.
Pastikan kita tidak terbeban dengan HIDDEN CHARGE kerana harga yang murah biasanya tidak termasuk table top, handle, kos pemasangan, kos pengangkutan dan akhirnya kita akan membayar kos yang lebih tinggi dari biasa.
Minta kontraktor menyediakan pelan dan lukisan perspective sebelum dimulakannya supaya kita  mendapat gambaran yang sebenar apabila dapur kita siap.
Secara anggaran harga pasaran kabinet pada masa ini adalah lebih kurang RM160 - RM210 sekaki bagi kabinet atas dan RM220-RM260 sekaki bagi kabinet bawah. Bahan yang digunakan adalah kayu padu , table top tahan panas dan berkemasan formika. Tidak termasuk penyedut asap dan sinki. Walau bagaimanapun harga boleh dirunding dengan menukar bahan kemasan dan boleh menggunakan kaedah rangka berongga. Itu saja sedikit panduan yang dapat saya berikan . Terima kasih.

Thursday 7 November 2013

Lama dah tak menulis

Salam sahabat-sahabat semua. 
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat semua. Walaupun saya dah lama tak menulis tapi tuan-tuan masih setia mengikuti blog saya ini. Sebenarnya saya tak dapat mengemaskini blog ini kerana modem wifi saya telah disambar petir, begitu juga dengan komputer. Jadi terpaksalah saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memperbaiki peralatan tu. Maklumlah, saya ni memang buta tegar tentang repaire komputer ni. Kenalah minta bantuan kedai untuk memperbaikinya. Lepas ni insaallah saya akan menyambung tugas untuk menyampaikan sedikit ilmu kepada rakan-rakan. Terima kasih.