Saturday, 7 July 2018

Kabinet Dapur Hitam Putih Nampak Menarik

Pelanggan minta tolong saya designkan kabinet dapurnya. Oleh kerana dapurnya tak berapa luas maka saya designkan yang ringkas dan sederhana tetapi memenuhi impian pelanggan. Saya pilih warna  hitam putih supaya nampak lebih luas dan menarik. \




Thursday, 5 July 2018

Dapat Menyiapkan Perabot Pallet Pelanggan

Terasa puas dan gembira kerana dapat menyiapkan perabot Pallet Pelanggan yang mereka kehendaki. Membuat perabot pallet perlu ada kemahiran dan minat yang tinggi kerana ia rumit dan memerlukan ketelitian. Tambahan pula ia memerlukan kemasan yang baik dan berkualiti. Sebab itu harga perabot kayu lebih mahal.Ok terima kasih semua.







Saturday, 5 May 2018

Message yang tak berjawab.

As-salam.
Maaf ye kekawan sebab banyak email dan pertanyaan yang tidak terjawab. Meskipun sekarang saya telah pun bersara namun oleh sebab tempahan perabot yang banyak kadang-kadang saya tak sempat menjawab satu persatu. Nak menulis dalam blog saya pun asyik saja terlepas. Mungkin kekawan rasa kecewa tapi saya memohon beribu ampun dan maaf sebab mengecewakan rakan-rakan. Insaallah nanti saya akan jawab bila ada masa dan kelepangan. Terima kasi atas sokongan kekawan.

Tuesday, 10 April 2018

Wainscoating penyeri Rumah

Salam dan selamat sejahtera,
Wainscoating atau panelling adalah satu kemasan tembok yang dipasang di bawah tembok didalam rumah. Ia menjadikannya nampak cantik dan mewah sedangkan kosnya taklah begitu mahal tetapi ia menjadikan bahagian dalam rumah kita bergaya mewah. Harganya bergantong kepada saiz tinggi ,lebar dan tebal. Bahan yang digunakan juga diambil kira saperti jenis cat dan kumai.Warna menurut cita rasa kita. Jika anda berminat nak membuat wainscoating panelling boleh call 012-7869205.
terima kasih.

Wainscoating Berkemasan cat


Monday, 23 October 2017

TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG

Bersyukur atas sokongan pelanggan-pelanggan kami akan memberi potongan  10 peratus kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan dari 20hb.Nov. hingga 31hb.Disember 2017. Kami amat menghargai sokongan pelanggan dan diucapkan terima kasih. Kami tidak memilih tempahan yang pelanggan ingin buat walaupun hanya berharga RM50. Setiap yang datang semuanya rezeki dari Allah. Kami amat menghargainya. Terima kasih ya Allah.  Tempah sekarang Call  or Wasap 0127869205 Nibong Emas Jaya.


























Sunday, 24 September 2017

Tanggam Lubang dan Puting

Salam sejahtera,
Hari ni saya nak menyambung lagi penerangan tanggam. Tanggam yang saya nak terangkan adalah Tanggam lubang dan puting. Biasa tak dengar tanggam ini. Bagi yang baru dalam kerja ini memang jarang dengar tapi bagi yang dah lama tentunya selalu dengar. Tanggam ini digunakan untuk membuat kaki meja, membuat almari dan pada kerja-kerja pembinaan kayu yang memerlukan tanggam yang kuat dan kukuh.
 Ada beberapa jenis . Antaranya :-
1. Tanggam Lubang dan Puting Biasa
2. Tanggam Lubang dan Putung Litup
3. Tanggam Lubang dan Puting Kembar
4. Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang
Gambarajah Tanggam-amggam tersebut.



Tanggam Lubang Dan Puting Tembus



Tanggam Lubang dan Puting Kembar



Tanggam Lubang dan Puting Biasa



Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang


Contoh-contoh dimana Tanggam itu digunakan





Thursday, 21 September 2017

Tanggam Lekap

Salam dan selamat sejahtera,
Sebelum ini saya pernah menerangkan kepada rakan-rakan jenis-jenis tanggam yang digunakan dalam kerja - kerja pertukangan kayu. Tanggam-tanggam biasanya digunakan pada tempat-tempat tertentu sesuai dengan fungsinya. Kali ini saya nak menerangkan serba sedikit tentang tanggan lekap.
Tanggam Lekap adalah tergolong dalam tanggam yang selalu digunakan dan mudah. Biasanya ia banyak digunakan untuk pembinaan frame ( pemidang ) pada atas meja dan dinding. Ada beberapa jenis Tamggam Lekap:-
1. Tanggam lekap penjuru
2.Tanggam Lekap serong
3. Tanggam Lekap Palang
4. Tanggam Lekap Bajang
Rajah-rajah Tanggam Tersebut.





Tanggam Lekap Palang