Wednesday 27 November 2013

Tip dan panduan untuk menempah kabinet dapur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam entry saya yang lalu saya telah diajukan soalan dari enie Zieta mengenai cara memilih kabinet dapur supaya tidak ditipu oleh kontraktor. Saya rasa soalan ini adalah satu soalan yang baik dan rasanya semua orang mengalaminya apabila kita nak memilih bahan dan kualiti yang baik untuk kabinet dapur kita.
Disini saya akan berikan sedikit tip dan panduan memilih kabinet dapur. Antaranya ialah :-
  • Tentukan apakah konsep yang kita inginkan. Moden atau klasik.
  • Berapakah kemampuan kewangan yang kita mampu sediakan.
  • Bahan yang kita ingini. Formika, polyster atau nyatoh.
  • Pastikan keluasan dan kelengkapan seperti handle, laci, rak,pintu bercermin dan sebagainya


Biasanya banyak kaedah yang kita gunakan untuk membuat kabinet dapur. Antaranya kaedah kayu padu, kaedah tampal, mengunakan partical board , MDF dan sebagainya. Secara peribadi saya syorkan kaedah kayu padu dan dikemaskan dengan laminated formika. Dapatkan penerangan yang sejelas-jelasnya dari kontraktor tentang bahan yang digunakan seperti berapa set laci yang diberikan,Aluminium edging atau ABS edging, handle yang digunakan,permukaan table top dan sebagainya. Jangan terpengaruh dengan harga yang murah kerana harga yang murah akan menentukan kualiti bahan yang digunakan.
Pastikan kita tidak terbeban dengan HIDDEN CHARGE kerana harga yang murah biasanya tidak termasuk table top, handle, kos pemasangan, kos pengangkutan dan akhirnya kita akan membayar kos yang lebih tinggi dari biasa.
Minta kontraktor menyediakan pelan dan lukisan perspective sebelum dimulakannya supaya kita  mendapat gambaran yang sebenar apabila dapur kita siap.
Secara anggaran harga pasaran kabinet pada masa ini adalah lebih kurang RM160 - RM210 sekaki bagi kabinet atas dan RM220-RM260 sekaki bagi kabinet bawah. Bahan yang digunakan adalah kayu padu , table top tahan panas dan berkemasan formika. Tidak termasuk penyedut asap dan sinki. Walau bagaimanapun harga boleh dirunding dengan menukar bahan kemasan dan boleh menggunakan kaedah rangka berongga. Itu saja sedikit panduan yang dapat saya berikan . Terima kasih.

Thursday 7 November 2013

Lama dah tak menulis

Salam sahabat-sahabat semua. 
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat semua. Walaupun saya dah lama tak menulis tapi tuan-tuan masih setia mengikuti blog saya ini. Sebenarnya saya tak dapat mengemaskini blog ini kerana modem wifi saya telah disambar petir, begitu juga dengan komputer. Jadi terpaksalah saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memperbaiki peralatan tu. Maklumlah, saya ni memang buta tegar tentang repaire komputer ni. Kenalah minta bantuan kedai untuk memperbaikinya. Lepas ni insaallah saya akan menyambung tugas untuk menyampaikan sedikit ilmu kepada rakan-rakan. Terima kasih.

Wednesday 18 September 2013

Tip Untuk Menyusun Ruang Tamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu ini saya nak kongsi sedikit tip untuk kita menyusun atur ruang tamu. Ramai yang bertanya tentang soalan ini. Tapi dengan sedikit pengalaman tu, rasanya bolehlah bagi sikit-sikit kot. Saya yakin ramai yang dah berpengalaman buat benda ni . 
Menyusun atur ruang tamu ni nak kata mudah tak jugak dan nak kata susah pun tak jugak. Kata orang tu suam-suam kuku aje. Tapi seelok-eloknya tentulah ade sedikit panduan.
Ada beberapa langkah yang perlu kita buat untuk merancang susunatur ni. Buatlah sedikit kertas kerja kot supaya ia nampak menarik. 
1.  Ukur Ruang Tamu.
Mula-mula ukurlah keluasan ruang tamu kita. Yang penting ukur panjang dan lebar ruang tu. 

2.  Buat Pelan susunan.
Pindahkan ukuran yang kita buat tadi dalam kertas geraf dalam bentuk lukisan pelan. Gunakan kaedah nisbah supaya ukuran itu boleh dimasukkan dalam kertas geraf tu.     
Contoh : 300mm:  20mm , bermakna ukuran 300mm akan dikecilkan kepada ukuran 20mm dalam lukisan kita. Masukkan kedudukan tingkap, pintu, bukaan dan lain-lain lagi. Kemudia masukkan perabot-perabot yang kita nak susun. Kemudian kalau kita tak berpuashati buat susunan yang lain dan bandingkan. Buatlah berulang-ulang kali sehingga kita berpuashati.

3.  Mula menyusun
Susun perabot  mengikut pelan yang kita buat. Ketepikan perabot yang tidak perlu dan susun perabot satu persatu. Tentukan tempat laluan supaya tidak sempit dan ianya haruslah tida kurang daripada 450mm lebarnya. Jangan lupa tempat membaca, rehat dan tempat menonton.
Tambahkan perhiasan seperti bunga, pasu, langsir,lampu dan lain-lain lagi . Setelah selesai tentunya kita akan berpuashati dengan hasil kerja kita buat.

Selamat mencuba.
Kemas dan selesa

Sunday 11 August 2013

Selamat Hari Raya

Sempena dengan hari yang penuh barkah ini , saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya dan semua Umat Islam yang menyambut hari yang mulia ini. Semoga dengan kedatangan hari yang mulia ini akan memberi seribu makna dan manafaat kepada kita semua. Selamat Hari Raya maaf zahir Batin.

Monday 29 July 2013

Memilih Cat Untuk Rumah

Assalamualaikum dan sellamat sejahtera.
Hari raya semangkin hampir. Semua sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari yang mulia ini. Ramai daripada kita memilih untuk menghias rumah mengikut kesukaan dan cita rasa sendiri. Semuanya  indah-indah belaka. Sanggup berhabis untuk menukar langsir baru, perabut baru , cat baru , hiasan dan lain-lain lagi. Semuanya kerana nak memenuhi cita rasa dan kepuasan diri kita dengan kemampuan diri kita. Disini saya kongsikan sedikit tip untuk kita menjadikan ruang dalam rumah kita nampak cantik dan menarik.

  • Pilih cat yang sesuai dengan perabot dalam rumah kita. Boleh kita pilih warna kesukaan kita tapi jangan sampai ianya menjadikan dalam rumah kita nampak gelap. 
  • Pastikan hiasa dalam rumah kita tidak bercampur-campur warna kerana ianya akan mencacatkan pemandangan.
  • Kalau ruang dalam rumah kita sempit, pilih warna yang agak cerah atau terang supaya ianya akan kelihatan luas.
  • Pastikan warna dinding, lantai, langsir, perabot dan perhiasan bersesuaian dengan warna yang dipilih.
contoh-contoh  gambar yang saya dapat dari blog rakan-rakan untuk dijadikan panduan.






Semoga ianya dapat memberi sedikit panduan kepada anda. Terima kasih.


Tuesday 16 July 2013

Terima kasih Atas sokongan anda

Salam Ramadhan yang penuh berkah. Semoga rakan-rakan semua sentiasa mendapat keredhaan dari Allah yang maha Agong. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengunjungi dan  memberi dorongan dan sokongan untuk saya meneruskan blog yang berkaitan dengan perabot ini. Pada awalnya saya hanya ingin memberi sedikit panduan dan sedikit ilmu kepada pengunjung-pengunjung supaya saya dapat mengembangkan pengalaman  dan amal jariah kepada orang lain.
         Alhamdullah tanpa disangka-sangka blog saya telah dikunjungi oleh ribuan pengunjung yang berminat untuk membuat perabot sendiri. Sesungguhnya saya rasa amat terharu dengan sokongan rakan-rakan semua. Semoga niat saya ini akan mendapat keredhaan dari Allah. Jika terdapat kekurangan saya mohon ampun dan maaf. Ambillah ilmu yang ada dalam blog saya ini untuk diri sendiri atau untuk menambah pendapatan rakan-rakan.
      Saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf dari rakan-rakan kerana saya tak dapat memberi no. h/p peribadi saya kerana mana mungkin saya boleh melayan ribuan pengunjung pada satu-satu masa. selain itu saya takut ianya akan  mengganggu keselesaan dan kelancaran tugas saya. Walau bagaimanapun rakan-rakan boleh hubungi saya melalui Email; skillperabut@gmail.com. Segala soalan dan pertanyaan insaallah akan saya jawab. Tiada bayaran yang saya kenakan, ianya adalah percuma.
       Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ribuan pengunjung saya yang melawati blog ini. Terima kasih dari saya   - Cikgu jo.

Wednesday 10 July 2013

Projek Meja Kopi

Salam sejahtera,
Saya pernah berjanji dengan rakan blog semua, untuk mengajar cara nak buat Meja Kopi. Tak beberapa lama  lagi raya bakal menjelma. Jadi rakan-rakan lebih baik buat sendiri untuk menjimatkan belanja.Lagi pun kalau ianya adalah hasil kerja kita maka ia amat berharga bagi kita. Bentuk meja yang saya akan tunjukkan adalah seperti dibawah .















Biasa saja kan bentuknya? Biar yang mudah dulu kita buat supaya kita mudah nak follow.
Dibawah ini adalah bentuk meja yang saya ceraikan supaya mudah nak melihat strukturnya.




Tanggam antara Tiang dan kayu gelegar




Pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi untuk memudahkan kita memahaminya



Alat yang digunakan :-
  1. Tolok penanda
  2. Pahat Pelubang
  3. Gergaji
  4. Sesiku L
  5. Pita pengukur
  6. Tukul besi
  7. Gandin
Bahan-bahan.
  1. Tiang 2" x 2" x 16"                        -   4 Batang
  2. Kayu 1' x 2 1/2" x 41"                   -   2 Batang 
  3. Kayu 1" x 2 1/2" x 17"                  -   2 Batang
  4. Plywood  3/4" x 2' x 4'                 -   1 Keping
  5. Kayu 1/2" x 3/4" x 4' 1"                -   2 Batang
  6. Kayu 1/2" x 3/4" x 2' 1"                -   2 Batang
  7. Gam PVA ( secukupnya )
  8. Paku 1"     ( secukupnya )
  9. Skrew       ( secukupnya )
  10. Angle plate                                    -    6 biji















Langkah-langkah.
  1. Sediakan bahan mengikut ukuran.
  2. Buat tanggam lubang dan puting berjanjang.
  3. Pasang tiang dan kayu gelegar ,gam dan pakukan.
  4. Pasang kayu tepi plywood ,gam dan pakukan.
  5. Pasangkan bahagian kaki dan muka meja dengan angle plate dan skru.
  6. Meja kopi siap dibina.
  7. Buat kemasan mengikut kegemaran.
Mudah-mudahan rakan-rakan dapat manafaat dari entri saya kali ini. 
Jumpa lagi dilain kali terima kasih.



Sunday 7 July 2013

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

Salam dan selamat sejahtera. 
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari yang penuh berkat .Sesungguhnya ramai daripada kalangan kita ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadhan yang sudah tentunya akan mendatangkan kebaikan dan ganjaran dari Allah Subhanallahuwataala.
Saya memohon ribuan kemaafan dari rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Saya rasa dah lama sangat blog saya tak di update. Sebenarnya saya agak kesibukan masa atas sebab-sebab tugas. Terima kasih kepada rakan-rakan yang setia dengan blog saya ini. Insaallah dalam sehari dua ini saya akan masukkan entri terbaru saya yang bertajuk  " Meja Kopi " . Entri ini adalah atas permintaan rakan-rakan pengikut blog skillperabot. Jangan lupa mengikuti entri saya yang akan datang . Terima kasih.

Friday 29 March 2013

Maaf Pos baru yang tertangguh

Assamualaikun ,
Sejak akhir-akhir ini saya tak dapat membuat entry yang terbaru buat rakan-rakan.Saya memohon sepuluh jari meminta ampun dan maaf atas kegagalan saya membuat entry terbaru. sejak pencerobohan pengganas di Lahat Datu Sabah saya agak kurang semangat untuk menulis dalam blog saya. Maklumlah emosi agak tergaggu pada ketika ini. Marah. sakit hati, kecewa, geram bercampur aduk. Sabah dan Lahat Datu dekat sangat dihati saya. Maklumlah saya pernah bertugas di sandakan selama 8 tahun. Semporna dan Lahat Datu terlalu dekat dengan tempat saya. Dan saya selalu ke sana. Tapi tak sangka pulak keamanan yang saya kecapi dahulu telah tergugat. apa khabar kawan-kawanku, kenalan-kenalanku, rakan-rakan sekerjaku ? adakah mereka selamat, adakan mereka selesa atau mereka dalam ketakutan. 
Dik kerana kerakusan manusia maka kebahagiaan mereka telah dirampas. Wahai teman-temanku di sana, bersabarlah bahawa musibah ini dugaan Allah, mungkin Allah akan memberi kebaikan yang lebih akibat dari dugaan ini. saya berdoa semoga rakan-rakan dan seluruh rakyat sabah selamat dan hidup dalam aman dan penuh kebahagiaan. Amin

Wednesday 6 February 2013

Ukuran kabinet Dapur

Hari ini saya nak tunjukkan kepada pengunjung2 bagaimanakah kita nak mereka ( design ) kabinet dapur di rumah kita. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk menjadikan ianya cantik, menarik  dan sesuai dengan lokasi dalam rumah kita. Ukuran-ukuran yang perlu  ialah tinggi, lebar dan kedalaman. Pastikan ukurannya sesuai dan ketinggiannya mestilah boleh dicapai dengan tangan. Biasanya ukuran standard yang digunakan adalah bergantung kepada keluasan dapur. Disini saya berikan garis panduan ukuran yang mungkin boleh digunakan dalam rekaan kita. Terima kasih.



Tuesday 29 January 2013

Tip Untuk Membuat Perabot

Skrg terdapat banyak majalah yang berkaitan dengan perabot dan hiasan dalaman. Kesemua majalah ini memberi panduan dan saranan yang berkaitan dengan hiasan dalaman dan taman. Terdapat banyak perabot yang cantik dan menarik serta menyemarakkan diri kita untuk mengaplikasikannya kedalam rumah kita. Tetapi jarang terdapat majalah yang memberi panduan kepada kita bagaimana membina perabot yang cantik dan mudah hasil daripada kreativiti kita. Walaupun perabot yang kita bina itu kecil tetapi kalau dibina sendiri maka ia akan menjadi barang yang berharga bagi kita.
Disini  saya akan memberi sedikit garis paduan untuk membina perabot untuk kegunaan sendiri.
  1. Bina perabot yang mudah dan ringkas. Terutama bagi kita yang baru dan kurang pengalaman.
  2. Reka perabot yang tidak memerlukan kos yang tinggi dan peralatan yang sederhana.
  3. Perabot yang akan dibina perlulah sesuai dengan persekitaran dalam rumah kita.
  4. Boleh diguna untuk kegunaan kita.
  5. Boleh disiapkan dalam 3 atau 4 jam kerana projek yang besar akan memakan masa yang lama.Ini akan membosankan kita dan akhirnya projek kita terbengkalai.
  6. Tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyiapkannya kerana kebanyakkan daripada kita sekarang tinggal dibandar dan ruang rumah kita agak terhad.
Semoga dengan sedikit panduan ini akan memberi faedah kepada rakan-rakan. Terima kasih.



Sunday 20 January 2013

Cara Memotong Plywood atau MDF

Salam untuk rakan2 semua. Dalam entri yang lepas ramai yang bertanya bagaimana nak memotong plywood dengan  lurus dan mudah. Jawapan yang boleh saya berikan ialah mengunakan peralatan mesin mudah alih  ( portable machine ).  Alat yang digunakan ialah circular saw ( Gergaji piring ). Alat ini ringan dan boleh dibawa kemana-mana. 
Untuk memudahkan kita memotong plywood yang lebar kepada saiz yang dikehendaki, kita bolehlah menggunakan kayu penahan supaya potongan kita tetap lurus dan cantik. Memang mudah untuk kita menggunakan mesin ini dan ia menjimatkan masa dan tenaga.
Buat masa ini saya belum berkesempatan untuk menghasilkan youtube untuk memberi penerangan kepada rakan-rakan tetapi Insaallah jika ada kelepangan saya akan menghasilkan youtube saperti itu. Namun demikian untuk memudahkan rakan2 memahaminya, disini saya sertakan youtube yang saya ambil dari internet. Semoga ianya dapat membantu saudara semua. Terima kasih.



Tuesday 15 January 2013

Glu Dalam Pembuatan Perabot

Hari ni saya nak kenalkan dua jenis gam yang biasa digunakan dalam pembuatan perabot. Gam-gam ini memang amat popular digunakan dalam pembuata perabot.

1. Glu Polyvinly Acetate ( PVA )
    Glu ini banyak digunakan untuk menglu kayu. Berwarna putih susu dan dicairkan dengan air. Glu ini  siap sedia untuk digunakan. Melekat dalam tempok 24 jam. Jika terlalu pekat , campurkan sedikit air.
Kelebihan glu ini:-
  1.   Mudah digunakan 
  2.   Melekat dengan kuat
  3.   Boleh disapu dengan berus atau roller cat.
  4.   Mudah diperolehi. 


Contoh Gam PVA

2.  Glu Sentuh ( Contact Glue )
     Glue sentuh adalah sejenis glu yang digunakan untuk melekatkan dua bahan dalam kerja pembuatan perabot. Ianya amat popular digunakan untuk melekatkan plywood, polythene , fomika, kulit , pvc, kain dan lain-lain lagi. 


Glue Sentuh

Semoga entri kali ini dapat memberi pengetahuan kepada anda. Terima kasih