Assamualaikun ,
Sejak akhir-akhir ini saya tak dapat membuat entry yang terbaru buat rakan-rakan.Saya memohon sepuluh jari meminta ampun dan maaf atas kegagalan saya membuat entry terbaru. sejak pencerobohan pengganas di Lahat Datu Sabah saya agak kurang semangat untuk menulis dalam blog saya. Maklumlah emosi agak tergaggu pada ketika ini. Marah. sakit hati, kecewa, geram bercampur aduk. Sabah dan Lahat Datu dekat sangat dihati saya. Maklumlah saya pernah bertugas di sandakan selama 8 tahun. Semporna dan Lahat Datu terlalu dekat dengan tempat saya. Dan saya selalu ke sana. Tapi tak sangka pulak keamanan yang saya kecapi dahulu telah tergugat. apa khabar kawan-kawanku, kenalan-kenalanku, rakan-rakan sekerjaku ? adakah mereka selamat, adakan mereka selesa atau mereka dalam ketakutan.
Dik kerana kerakusan manusia maka kebahagiaan mereka telah dirampas. Wahai teman-temanku di sana, bersabarlah bahawa musibah ini dugaan Allah, mungkin Allah akan memberi kebaikan yang lebih akibat dari dugaan ini. saya berdoa semoga rakan-rakan dan seluruh rakyat sabah selamat dan hidup dalam aman dan penuh kebahagiaan. Amin
Assalamualaikum. Cikgujo,saya nak tanya, di mana saya boleh ikuti kursus pembuatan perabot kabinet? Spenuh@sparuh masa. Terima kasih
ReplyDeleteSaya tak pasti dimana ade kursus separuh masa atau sepenuh masa untuk membuat perabut. Kalau ade pun rasenya ade di giat mara. Tapi ditempat2 yang tertentu sahaja.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu. Di rumah parent Saya ada perabot yang plywood masih lagi cantik cuma formica sahaja yang koyak dan lekang. Parent saya telah memanggil tukang kayu untuk membaiki semula perabot itu tapi nasib baik tukang tersebut tak berminat jadi saya sendiri akan membetulkan perabut tersebut. Saya berminat untuk membaiki sendiri perabot tersebut kerana minat setelah tengok filem barat yang banyak memamparkan kemahiran pertukangan dan kelengkapan peralatan yang mereka miliki walaupun profesion mereka bukan Bertukangan. Saya Glendale bertanya berapakah anggaran harga formica adakah dijual kalau hendak dibeli untuk ukuran perabot yang hendak dibaiki. Jawapan cikgu diucapkan Terima kasih.
ReplyDeletePerabut tersebut masih boleh dibaiki. Beli formica sekeping. Saiz formika biasa dijual pada saiz 4' x 8'. Harganya diantara RM60.00 - RM100. Ditampal dengan menggunakan contact glue( glue sentuh ). Dijual dikedai menjual peralatan perabut.
Delete