Tuesday, 29 January 2013

Tip Untuk Membuat Perabot

Skrg terdapat banyak majalah yang berkaitan dengan perabot dan hiasan dalaman. Kesemua majalah ini memberi panduan dan saranan yang berkaitan dengan hiasan dalaman dan taman. Terdapat banyak perabot yang cantik dan menarik serta menyemarakkan diri kita untuk mengaplikasikannya kedalam rumah kita. Tetapi jarang terdapat majalah yang memberi panduan kepada kita bagaimana membina perabot yang cantik dan mudah hasil daripada kreativiti kita. Walaupun perabot yang kita bina itu kecil tetapi kalau dibina sendiri maka ia akan menjadi barang yang berharga bagi kita.
Disini  saya akan memberi sedikit garis paduan untuk membina perabot untuk kegunaan sendiri.
  1. Bina perabot yang mudah dan ringkas. Terutama bagi kita yang baru dan kurang pengalaman.
  2. Reka perabot yang tidak memerlukan kos yang tinggi dan peralatan yang sederhana.
  3. Perabot yang akan dibina perlulah sesuai dengan persekitaran dalam rumah kita.
  4. Boleh diguna untuk kegunaan kita.
  5. Boleh disiapkan dalam 3 atau 4 jam kerana projek yang besar akan memakan masa yang lama.Ini akan membosankan kita dan akhirnya projek kita terbengkalai.
  6. Tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyiapkannya kerana kebanyakkan daripada kita sekarang tinggal dibandar dan ruang rumah kita agak terhad.
Semoga dengan sedikit panduan ini akan memberi faedah kepada rakan-rakan. Terima kasih.



20 comments:

  1. Assalamualaikum, saya minta pendapat cikgu tentang pasaran perabot tempatan, terutama bagi usahawan perabot/pembuat perabot?

    ReplyDelete
  2. Ramai pembeli rumah skrg lebih kreatif dan kuasa beli tinggi. Bengkel perabot skg sukar memenuhi tempahan kerana ramai pelanggan. Dari Pengalaman saya , tempahan terpaksa ditolak sbb tidak mampu dan keupayaan terhad. Klau ada keupayaan sya rasa ini bussiness yg berpotensi,tq

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya ingin bertanya dari sudut bahan untuk pembuatan perabot, terutamanya kayu, saya lihat kayu yang digunakan oleh perabot di pasaran bukanlah dari jenis plywood atau/dan papan yang biasa didapati di kedai hardware, ia adalah seperti kadboard yang tebal dan kukuh. Mohon penjelasan mengenainya ? Jenis kayu bagaimana yang sesuai untuk pembuatan perabot biasa (bukan mewah) dan bagaimana untuk mencarinya ?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam Anonymous,
    Bahan yang tuan maksudkan adalah Particle board . Ianya tebal dan diluarnya ditampal kemasan. Manakala yang nipis pula adalah polyester plywood dan biasanya digunakan untuk membuat kabinet dapur.
    Dijual dikedai pembekal plywood. Boleh rujuk dalam entri saya yang bertajuk buat perabot apa yang perlu ya. Tq

    ReplyDelete
  5. Cikgu, dengan bajet rm1000 - rm1,200 apakah peralatan asas yang boleh saya beli untuk memulakan bengkel kayu di rumah.... Saya nak isi masa ketika cuti hujung minggu untuk buat rak dan cabinet serta perabot asas untuk kegunaan sendiri...... Yazid

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam..
      Bg pendapat sy,boleh dpt alat asas yg perlu
      dulu spt:
      1.circular saw
      2.cordless drill
      3.Sesiku L
      4.air compressor 2.0HP
      5.Air tacker(gun utk paku)
      *maaf kalau salah..lupa nama..

      Rm1200 rase boleh dapat semua ni..utk permulaan jgn beli alatan yang terlalu mahal dulu..beli grade yg pertengahan lebih sesuai..

      Harap jawapan sy membantu..

      Delete
  6. Salam...Tuan
    Tuan Pernah buat table top jenis Corian Solid surface?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tuan. Maaf saya jarang menggunakan corian solid surfacace. Yang biasa saya gunakan adalah table top solid surface, quartz atau kemasan marmar.

      Delete
  7. salam tuan boleh tak tunjukkan cara membuat rangka kabinet dapur, kerana saya melihat kabinet yang dibuat di pasaran paku penyambung tidak kelihatan. harap tuan dapat menunjukkan ilmu ini.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam. Secara ringkasnya perabut dibuat dengan 2 kaedah. Pertama dengan menggunakan kaedah sandwich dan yang satu lagi degan menggunakan plywood yang dipanggil multi board. Biasanya ia dipaku atau di skrew untuk penyambungan. Paku dan skru memang tidak kelihatan kerana bahagian luarnya telah dipasang dengan kemasan samada polister atau fomika dan digam dengan gam contact glue. Insaallah kalau nak belajar saya akan adakan kursus jangka pendek yang akan saya adakan nanti.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...
    boleh berikan maklumat dari mana saya perlu dapatkan bahan mentah untuk memulakan projek pembuatan perabut...agak sukar untuk saya dapatkan kayu-kayu tersebut..
    terima kasih

    ReplyDelete
  10. Terima kasih tuan kerana sudi bertanya.Bahan-bahan membuat perabot boleh didapati di kedai yang menjual bahan perabot dan aksesories perabut. Ditempat tuan saya tak pasti ada atau tidak. Jangan ke kedai hardware atau yang menjual bahan binaan memang tak ada. Tq

    ReplyDelete
  11. salam cikgu .... saya nak tanya macam mnaa kita lekatkan sambungan plywood... perlukan paku angin tu jgak ka? klu screw biasa ok ka?

    ReplyDelete
  12. Terima kasih angah. Untuk melekatkan plywood kita gunakan paku angin yang panjang dan skrew. Pastikan plwwood yang digunakan mempunyai ketebalan 15mm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau skru atau paku tangan aja cukup kuat atau tak? Sebab paku angin tu x mampu nak beli.. Mintak maaf banyak sngt bertanya cikgu..

      Delete
    2. skru dan paku dengan tangan pun boleh. Tapi kalau dah banyak tangan boleh meletup. kalau guna paku cari paku yang tak ada kepala atau dipanggil paku panel. Kalau nak di spray benamkan sikit paku itu dan sumbat dengan wood filler.tq

      Delete
  13. As salam ...

    Nak tanya apa nama jenis kayu atau papan yang biasa digunakan untuk membuat almari atau meja..?

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam. Bahan yang digunakan adalah papan multiboard, partical board atau papan MDF. Sila rujuk entry saya pada tahun 2012. Tajuknya buat perabut , apa yang perlu ye ?

    ReplyDelete
  15. tips yang sangat bagus dan bermanfaat,,
    sangat membantu,,
    terutama bagi saya pemula

    ReplyDelete