Monday 29 July 2013

Memilih Cat Untuk Rumah

Assalamualaikum dan sellamat sejahtera.
Hari raya semangkin hampir. Semua sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari yang mulia ini. Ramai daripada kita memilih untuk menghias rumah mengikut kesukaan dan cita rasa sendiri. Semuanya  indah-indah belaka. Sanggup berhabis untuk menukar langsir baru, perabut baru , cat baru , hiasan dan lain-lain lagi. Semuanya kerana nak memenuhi cita rasa dan kepuasan diri kita dengan kemampuan diri kita. Disini saya kongsikan sedikit tip untuk kita menjadikan ruang dalam rumah kita nampak cantik dan menarik.

  • Pilih cat yang sesuai dengan perabot dalam rumah kita. Boleh kita pilih warna kesukaan kita tapi jangan sampai ianya menjadikan dalam rumah kita nampak gelap. 
  • Pastikan hiasa dalam rumah kita tidak bercampur-campur warna kerana ianya akan mencacatkan pemandangan.
  • Kalau ruang dalam rumah kita sempit, pilih warna yang agak cerah atau terang supaya ianya akan kelihatan luas.
  • Pastikan warna dinding, lantai, langsir, perabot dan perhiasan bersesuaian dengan warna yang dipilih.
contoh-contoh  gambar yang saya dapat dari blog rakan-rakan untuk dijadikan panduan.






Semoga ianya dapat memberi sedikit panduan kepada anda. Terima kasih.


Tuesday 16 July 2013

Terima kasih Atas sokongan anda

Salam Ramadhan yang penuh berkah. Semoga rakan-rakan semua sentiasa mendapat keredhaan dari Allah yang maha Agong. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengunjungi dan  memberi dorongan dan sokongan untuk saya meneruskan blog yang berkaitan dengan perabot ini. Pada awalnya saya hanya ingin memberi sedikit panduan dan sedikit ilmu kepada pengunjung-pengunjung supaya saya dapat mengembangkan pengalaman  dan amal jariah kepada orang lain.
         Alhamdullah tanpa disangka-sangka blog saya telah dikunjungi oleh ribuan pengunjung yang berminat untuk membuat perabot sendiri. Sesungguhnya saya rasa amat terharu dengan sokongan rakan-rakan semua. Semoga niat saya ini akan mendapat keredhaan dari Allah. Jika terdapat kekurangan saya mohon ampun dan maaf. Ambillah ilmu yang ada dalam blog saya ini untuk diri sendiri atau untuk menambah pendapatan rakan-rakan.
      Saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf dari rakan-rakan kerana saya tak dapat memberi no. h/p peribadi saya kerana mana mungkin saya boleh melayan ribuan pengunjung pada satu-satu masa. selain itu saya takut ianya akan  mengganggu keselesaan dan kelancaran tugas saya. Walau bagaimanapun rakan-rakan boleh hubungi saya melalui Email; skillperabut@gmail.com. Segala soalan dan pertanyaan insaallah akan saya jawab. Tiada bayaran yang saya kenakan, ianya adalah percuma.
       Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ribuan pengunjung saya yang melawati blog ini. Terima kasih dari saya   - Cikgu jo.

Wednesday 10 July 2013

Projek Meja Kopi

Salam sejahtera,
Saya pernah berjanji dengan rakan blog semua, untuk mengajar cara nak buat Meja Kopi. Tak beberapa lama  lagi raya bakal menjelma. Jadi rakan-rakan lebih baik buat sendiri untuk menjimatkan belanja.Lagi pun kalau ianya adalah hasil kerja kita maka ia amat berharga bagi kita. Bentuk meja yang saya akan tunjukkan adalah seperti dibawah .















Biasa saja kan bentuknya? Biar yang mudah dulu kita buat supaya kita mudah nak follow.
Dibawah ini adalah bentuk meja yang saya ceraikan supaya mudah nak melihat strukturnya.




Tanggam antara Tiang dan kayu gelegar




Pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi untuk memudahkan kita memahaminya



Alat yang digunakan :-
  1. Tolok penanda
  2. Pahat Pelubang
  3. Gergaji
  4. Sesiku L
  5. Pita pengukur
  6. Tukul besi
  7. Gandin
Bahan-bahan.
  1. Tiang 2" x 2" x 16"                        -   4 Batang
  2. Kayu 1' x 2 1/2" x 41"                   -   2 Batang 
  3. Kayu 1" x 2 1/2" x 17"                  -   2 Batang
  4. Plywood  3/4" x 2' x 4'                 -   1 Keping
  5. Kayu 1/2" x 3/4" x 4' 1"                -   2 Batang
  6. Kayu 1/2" x 3/4" x 2' 1"                -   2 Batang
  7. Gam PVA ( secukupnya )
  8. Paku 1"     ( secukupnya )
  9. Skrew       ( secukupnya )
  10. Angle plate                                    -    6 biji















Langkah-langkah.
  1. Sediakan bahan mengikut ukuran.
  2. Buat tanggam lubang dan puting berjanjang.
  3. Pasang tiang dan kayu gelegar ,gam dan pakukan.
  4. Pasang kayu tepi plywood ,gam dan pakukan.
  5. Pasangkan bahagian kaki dan muka meja dengan angle plate dan skru.
  6. Meja kopi siap dibina.
  7. Buat kemasan mengikut kegemaran.
Mudah-mudahan rakan-rakan dapat manafaat dari entri saya kali ini. 
Jumpa lagi dilain kali terima kasih.



Sunday 7 July 2013

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

Salam dan selamat sejahtera. 
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari yang penuh berkat .Sesungguhnya ramai daripada kalangan kita ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadhan yang sudah tentunya akan mendatangkan kebaikan dan ganjaran dari Allah Subhanallahuwataala.
Saya memohon ribuan kemaafan dari rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Saya rasa dah lama sangat blog saya tak di update. Sebenarnya saya agak kesibukan masa atas sebab-sebab tugas. Terima kasih kepada rakan-rakan yang setia dengan blog saya ini. Insaallah dalam sehari dua ini saya akan masukkan entri terbaru saya yang bertajuk  " Meja Kopi " . Entri ini adalah atas permintaan rakan-rakan pengikut blog skillperabot. Jangan lupa mengikuti entri saya yang akan datang . Terima kasih.