Salam Ramadhan yang penuh berkah. Semoga rakan-rakan semua sentiasa mendapat keredhaan dari Allah yang maha Agong. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mengunjungi dan memberi dorongan dan sokongan untuk saya meneruskan blog yang berkaitan dengan perabot ini. Pada awalnya saya hanya ingin memberi sedikit panduan dan sedikit ilmu kepada pengunjung-pengunjung supaya saya dapat mengembangkan pengalaman dan amal jariah kepada orang lain.
Alhamdullah tanpa disangka-sangka blog saya telah dikunjungi oleh ribuan pengunjung yang berminat untuk membuat perabot sendiri. Sesungguhnya saya rasa amat terharu dengan sokongan rakan-rakan semua. Semoga niat saya ini akan mendapat keredhaan dari Allah. Jika terdapat kekurangan saya mohon ampun dan maaf. Ambillah ilmu yang ada dalam blog saya ini untuk diri sendiri atau untuk menambah pendapatan rakan-rakan.
Saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf dari rakan-rakan kerana saya tak dapat memberi no. h/p peribadi saya kerana mana mungkin saya boleh melayan ribuan pengunjung pada satu-satu masa. selain itu saya takut ianya akan mengganggu keselesaan dan kelancaran tugas saya. Walau bagaimanapun rakan-rakan boleh hubungi saya melalui Email; skillperabut@gmail.com. Segala soalan dan pertanyaan insaallah akan saya jawab. Tiada bayaran yang saya kenakan, ianya adalah percuma.
Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ribuan pengunjung saya yang melawati blog ini. Terima kasih dari saya - Cikgu jo.
Cikgu Jo... terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan
ReplyDeletesama-sama
Delete