Thursday, 6 September 2012

Pembuatan perabot yang mudah dan Ringkas

Ramai yang ingin membuat perabut sendiri tetapi kadangkala kita ketandusan idea, apakah projek yang kita nak buat. Walau bagaimanapun kadangkala dari pembacaan dan cadangan rakan-rakan banyak membantu kita mencambahkan idea. Untuk menghasilkan projek yang baik dan berkualiti kita harus tahu juga kaedah dan cara membuatnya. Jadi untuk memahirkan diri kita , kita haruskan selalu melatih diri dengan menghasilkan projek. Bagi menghasilkan perabot yang mudah , disini saya tunjukkan satu video yang boleh memberi idea untuk kita membuat perabut.


Video Part 1


Video Part 2


Video Part 3

Semoga semua akan mendapat sedikit kemahiran dan menafaat dari video yang saya papakan ini. Terima kasih.

14 comments:

  1. Salam..tahniah atas kewujudan blog yg sangat bermanfaat dan membantu.
    Saya sgt berminat membuat sendiri perabot dan sedang mencuba utk membuat sendiri wardrobe utk bilik saya. Masih dlm proses membuat ukuran sebelum menempah dari kedai kayu. Ada sedikit kemusykilan ttg cara mengukur ketinggian pintu jenis sliding,berapakah ukuran yg perlu dikurangkan utk mengambilkira saiz railing jenis biasa atas dan bawah? Contoh: jika ketinggian frame pintu 94",dan tinggi railing bawah dan atas 2" adakah panel pintu sama tinggi (94") atau dikurangkan 2" (92") utk membolehkan pemasangan panel pintu ke railing dibuat dgn sempurna? Saya tiada pengalaman pasang pintu jenis sliding, hanya ada sikit pengalaman selepas sekolah dulu tolong tolong potong kayu dll utk buat perabot. Terima kasih atas perhatian tuan - Irsyad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bergantung kepada rail yang digunaka.Tapi yang pastinya perlu dikurangkan. Tujuanya adalah untuk mengeluarkan pintu itu jika berlakunya kerosakan.Untuk mengujinya ialah tolak pintu tu keatas dan kalau bahagian bawah itu terlepas itu sudah memadai. Dan kita boleh keluarkan pintu. Tapi kalau terlampau banyak buang maka bahagian atas akan terlepas.Jadi lihat ketinggian lurah rail jugak.Semoga dapat menjawab soalan tuan.tq

      Delete
  2. Salam Cikgu Jo,
    Sy suka dgn blog ni. Teringin nak buat perabot sendiri. Kat mana ada kursus part time blajar buat perabot?

    ReplyDelete
  3. Nak kursus part time buat perabut ni , saya tak pasti pulak. saya buat ni tujuannya adalah untuk memberi pengetahuan kepada semua orang.Mudah-mudahan pengalaman saya dapat memberi menafaat kepada rakan semua.Insaallah kalau ramai yang berminat mungkin satu hari nanti boleh kita rancang.tq

    ReplyDelete
  4. saya pun berminat sebenarnya utk belajar buat perabot. giatmara di kawasan saya cuma ada automotif sahaja.-amirul

    ReplyDelete
  5. Insaallah saya akan tunjukkan kepada rakan2.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..tahniah kepada usaha Cikgu Jo...
    Insyallah saya akan usaha membantu kpd yg nak belajar buat kitchen cabinet...datang je ke tempat saya...ilmu Allah bukan milik saya seorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En. sahin. Memang itulah tujuan saya mengujudkan blog ini untuk memberi sedikit ilmu kepada semua yang memerlukan. tq

      Delete
  7. salam,sy berminat dgn tawaran en.sahin.bagaimana mahu berhubung dgn tuan?boleh berikan no tel utk berhubung.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hubungi saya di skillperabut.blogspot.com

      Delete
  8. saya berminat untuk design perabot sendiri. adakah tuan ade offer servis mcm tu. sy nak design meja study. sila hubungi sy di 0192200022. fikri

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam. saya ade designkan perabot dan buat untuk pelanggan.t.kasih

    ReplyDelete
  10. terbaik saya suka blog nie ...saya tengah diy perabot tqtq

    ReplyDelete