Skrg terdapat banyak majalah yang berkaitan dengan perabot dan hiasan dalaman. Kesemua majalah ini memberi panduan dan saranan yang berkaitan dengan hiasan dalaman dan taman. Terdapat banyak perabot yang cantik dan menarik serta menyemarakkan diri kita untuk mengaplikasikannya kedalam rumah kita. Tetapi jarang terdapat majalah yang memberi panduan kepada kita bagaimana membina perabot yang cantik dan mudah hasil daripada kreativiti kita. Walaupun perabot yang kita bina itu kecil tetapi kalau dibina sendiri maka ia akan menjadi barang yang berharga bagi kita.
Disini saya akan memberi sedikit garis paduan untuk membina perabot untuk kegunaan sendiri.
- Bina perabot yang mudah dan ringkas. Terutama bagi kita yang baru dan kurang pengalaman.
- Reka perabot yang tidak memerlukan kos yang tinggi dan peralatan yang sederhana.
- Perabot yang akan dibina perlulah sesuai dengan persekitaran dalam rumah kita.
- Boleh diguna untuk kegunaan kita.
- Boleh disiapkan dalam 3 atau 4 jam kerana projek yang besar akan memakan masa yang lama.Ini akan membosankan kita dan akhirnya projek kita terbengkalai.
- Tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyiapkannya kerana kebanyakkan daripada kita sekarang tinggal dibandar dan ruang rumah kita agak terhad.
Semoga dengan sedikit panduan ini akan memberi faedah kepada rakan-rakan. Terima kasih.