Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi mengasihani,
Kami amat bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kepada semua pelanggan, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana memberi kepercayaan kepada saya dan syarikat saya untuk mereka dan membuat tempahan perabot.
Walau pun kadangkala pelanggan-pelanggan terpaksa menunggu lama atas faktor menunggu giliran, pelanggan tetap sabar menunggu. Saya mohon maaf atas kelewatan. Keupayaan kami hanya boleh menyiapkan 3 hingga 4 rumah saja seminggu. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga jasa tuan-tuan akan diberkati Allah.