Wednesday, 31 May 2017

Jenis-Jenis Tanggam

Salam sejahtera,
Saya menerima banyak pertanyaan dari rakan-rakan mengenai jenis-jenis tanggam yang digunakan dalam kerja kayu. Ada banyak tanggam yang biasa digunakan dan setengah-setengahnya pula jarang digunakan. Tanggam-tanggam ini telah digunakan berkurun yang lalu dan ia digunakan untuk memastikan perabot yang kita guna benar-benar kukuh. Bagi rakan-rakan yang baru dalam bidang ini , kita harus mengetahuinya  supaya perabot yang kita hasilkan ini ada nilai.
Baiklah , Tanggam terbahagi kepada beberapa jenis . Antaranya :-
  • Tanggam Lekap
  • Tanggam Lubang dan Puting
  • Tanggam Siku 
  • Tanggam Melebar
  • Tanggam Kekang
  • Tanggam Pemidang.
Itulah antara jenis-jenis tanggam yang biasa digunakan dalam pertukangan kayu. Ada kesempatan nanti saya akan terangkan satu persatu persatu tanggam tersebut dan kegunaannya. Ok jumpa nanti ye. 

Tuesday, 30 May 2017

Pintu Kabinet Harga Murah

Assamualaikum dan selamat berpuasa.
Semoga Ibadah puasa yang kita jalani ini akan mendapat keredaan dari Allah . Bulaan puasa bulan yang mulia, Bulan puasa ni syarikat saya nak bagi perkhidmatan membuat pintu kabinet murah-murah aje. harga cuma rm1990 . Bahan kayu, kemasan formica dan edging aluminium. Ada 4 laci saya bagi percuma. Boleh wasap atau hubungi saya di 012-7869205. Contoh pintu kabinet saperti ini.



Cara memasang Wall Paper

Hari Raya datang lagi. Ramai yang bercadang nak mencantikan rumah atau dah jemu dengan susunan perabot yang lama. Ingin juga kan buat pembaharuan pada hiasan dalaman rumah kita. Sekurang-kurangnya raya tahun ini akan nampak ceria dan bersemangat baru. Ramai yang bercadang nak memasang Wall Paper. Tapi nak suruh kedai pasang pun harganya mahal jugak. Antara Rm150 - Rm180 bergantong kepada jenis wall Paper segulung. Nak murah pasang sendiri.
Nak menghasilkan wall Paper yang cantik kita kena beli Wall Paper yang berkualiti sikit.Sebab Wall Paper yang murah tu biasanya diperbuat daripada kertas dan nipis. Wall paper yang mahal biasanya tebal dan ada campuran PVC serta tahan lama. Selain daripada itu ia nampak kemas kerana Wall Paper yang tebal boleh menutupi dinding rumah kita yang tak kemas.
OKlah mari saya tunjukkan cara memasang Wall Paper yang senang dan mudah. Clik pada Yuotube dibawah ini . Kita akan dapat memasangnya dengan mudah.

Maaf kurang Berkesempatan

Maaf kepada rakan-rakan yang selalu mengunjungi blog saya yang kurang memberi info dan jawapan-jawapan yang diutarakan sejak kebelakang ini. Ini adalah disebabkan saya tidak berkesempatan untuk selalu mengunjungi blog saya kerana kesibukan masa. Insaallah lepas daripada ini saya akan menjawab satu persatu soalan-soalan yang diajukan kepada saya. Terima kasih dan jumpa lagi

Monday, 29 May 2017

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum ,
Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada pelanggan-pelanggan saya, peserta kursus, pengunjung-pengunjung blog saya dan rakan-rakan kaum muslimin yang dikasihi. Semoga semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sabar dan diterima Oleh Allah. Terima kasih kerana menyokong saya dalam bidang perabot ini. Wasalam