Sunday, 18 October 2015

Kursus Asas Membuat Perabot Pada 17hb. Oktober 2015

Salam dan selamat sejahtera.
Pada 17hb.Oktober 2015 yang lalu ,saya telah mengendalikan Kursus Asas Membuat Perabot Di Bilik Seminar MDZ Taman Bukit Pasir Batu Pahat Johor. Alhamdulillah kursus tersebut berjalan dengan lancar. Peserta-peserta dari selangor, Negeri Sembilan dan Johor telah mengikuti Kursus tersebut. Saya tak dapat menerima peserta yang ramai kerana kekurangan tempat. Biasanya saya hanya menerima pelajar diantara 8 dan 10 orang peserta saja. Kursus tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.50 petang.Terima kasih kepada semua pekerja. Berikut adalah liputan gambar pada kursus tersebut















Sunday, 20 September 2015

KURSUS ASAS MEMBUAT PERABOT

Salam dan selamat sejahtera,
Syarikat saya akan mengadakan kursus asas membuat perabot yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Kepada rakan-rakan yang menghubungi saya melalui wassap atau email bolehlah mendaftar sekarang. Hanya untuk 15 orang pendaftar awal sahaja. Cepat, bayaran kali ini adalah RM450.00 sahaja. Kursus akan datang saya akan kenakan bayaran RM500 disebabkan oleh tambahan kos yang meningkat. Jika terdapat pendaftaran yang melebihi daripada 15 orang maka peserta yang seterusnya saya akan daftarkan ke kursus akan datang. Bagi peserta yang mendaftar sekarang tetapi  tak dapat tersenarai bagi 15 peserta awal maka bayaran akan saya kekalkan sebanyak RM450. Bagi yang tak mendaftar kali ini dan ingin menyertai kursus yang kedua nanti maka saya akan kenakan Bayaran Sebanyak RM500. Cepat , Siapa cepat dia dapat.

Tarikh                :     17hb. Oktober 2015
Hari                   :     Sabtu
Masa                  :    8.30 pagi  -  5.00 petang
Tempat               :    No. 10, Jalan Hijau , Taman Bukit Pasir 83000 Batu Pahat Johor.
Tempoh              :    1 Hari
Bayaran              :    RM450.00 ( Termasuk bahan dan kabinet yang di buat )
                                Projek boleh dibawa balik

Jadual Kursus

  • 8.30 pagi                    -   Pendaftaran 
  • 9.00 pagi                    -   Pengenalan Alat dan Bahan
  • 10.30 pagi                  -   Minum pagi
  • 11.00 pagi                  -   Amali asas membuat kabinet
  • 12.30 tengahari          -   Makan tengahari
  • 2.00  petang               -   Amali
  • 5.00 petang                -   minum dan penyampaian sijil
Kandungan kursus
  • Pengenalan kepada perabot
  • Alat dan Bahan
  • Kaedah pemasangan kabinet
  • Memasang ensel
  • Cara memasang formika
  • Jenis-jenis kemasan.
Pendaftaran dibuka sekarang . Wassap di talian 012-7869205 atau email di skillperabut.blogspot.com.

Butiran yang perlu :
  1. Nama :
  2. Alamat:
  3. No.HP :
  4. Email yang boleh dihubungi.
Pembayaran hendaklah dilakukan 2 minggu sebelum kursus diadakan. Janagan bayar dahulu sehingga anda diberitahu. Sekiranya anda berminat daftarlah segera. 



Tuesday, 15 September 2015

Kabinet Rak TV

Salam. 
Hari ini saya nak tunjukkan cara nak membuat Rak TV. Caranya mudah saja dan boleh dibuat di rumah sendiri tanpa menggunakan peralatan yang banyak dan canggih. Jadi mula-mula saya nak  bagi gambar projek kita tu dan gambarajah lukisan bercerai rak tersebut.


Gambarajah Pandangan Isometrik


Alat-alat yang digunakan :-
  • Circular saw ( Gergaji Bulat )           -    jika ada
  • Air Gun ( Tembak angin )                 -    jika ada
  • Cordless
  • Tukul Besi 
  • Sesiku L
  • Gerudi
  • Mata gerudi 1/16"
  • Dan lain-lain alat pertukangan.
Bahan-bahan
  • Papan  Tepi                   -   Plywood Multiboard   3/4"  x 18" x18                -    2    keping
  • Papan Atas/Bawah         -   Plywood Multiboard   3/4"  x 18 x 46 1/2"           -    2    keping
  • Papan sekat                   -   Plywood Multiboard   3/4"   x  16 1/2" x 18"       -   2 keping
  • Pintu                            -   Plywood Multiboard   3/4" x 10 1/4" x 14 1/2"    -    2 keping
  • Tapak                           -   Plywood Multiboard   3/4" x 2" x 46 1/2"           -    2 keping
  • Tapak                           -   Plywood Multiboard   3/4" x 2" x 16 1/2"           -    2 keping 
  • Penutup Belakang          -   Plywood putih            4mm x 18" x 48"             -    1 keping
  • Pemegang pintu             - 2 biji
  • Ensel senduk                 - 4 biji
  • Skrew secukupnya
Langkah-langkah
  • Susun kayu pada kedudukannya.
  • Cantumkan kayu dengan paku air gun atau skrew. Jika menggunakan skrew pastikan ditebuk dulu supaya tidak pecah
  • Pasang dinding belakang
  • Pasang ensel
  • Pasang pemegang pintu.
  • Kemasan tepi boleh dipasang formica atau dikemaskan dengan spray.
Selamat mencuba.


Tuesday, 21 July 2015

Selamat Hari Raya

Hari ini masuk hari ke enam kita merayakan Hari Raya. Ramai yang dah mula bekerja hari ini. Tentunya semua rakan-rakan merasa seronok kerana merayakan hari Raya bersama-sama keluarga , sahabat-sahabat, saudara mara yang lama tak kita temui. Tentunya ianya akan membawa kenangan yang indah dalam memori kehidupan kita. Saya dari Skillperabut.blogspot.com dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung-pengunjung , pelanggan -pelanggan dan peminat-peminat blog saya ini. Terima kasih atas sokongan anda kepada blog saya yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan ukhawah yang terjalin antara kita akan berkekalan . Amin

Friday, 12 June 2015

Memasang Wallpaper Korea

Salam.
saya selalu mengunjungi rumah rakan dan pelanggan-pelanggan. Sungguh kagum dengan susun atur dekorasi rumah dizaman ini. Rata-rata ramai yang pandai menata hias rumah mengikut gaya moden samada dibuat sendiri atau menggunakan pakar hiasan dalaman. Ini menunjukkan ramai yang begitu kreatif dan juga melambangkan keupayaan kemampuan tuanpunya.
Dinding yang dulunya dicat bertukar menjadi wallpaper. Lantai yang dulunya tiles ditukar menjadi lantai laminate. Ini menjadikan suasana dalaman rumah menjadi ceria dan menarik. Selain dapat memasang dirumah rakan saya juga dapat mengasah bakat dari kreativiti pemasangan wallpaper Korea pelanggan-pelanggan  saya. Saya juga memberi perkhidmatan memasang Korean Wallpaper kepada rakan-rakan. Anda hanya pilih dari katalog yang saya sediakan. Harganya hanya RM5.00 untuk satu kaki persegi. saya berikan sebahagian katalog wallpaper disini .










Saturday, 9 May 2015

Meja Hiasan Bunga


Salam. Ramai daripada kita yang meminati bidang pertukangan kayu. Tapi yang jadi masalahnya kita tak ada idea dan cara nak bertukang. Pertukangan kayu ni hanya perlukan kemahiran basic sahaja saperti memotong , memaku , melurah dan membuat tanggam. Lainlah kalau kita nak membuat kerja yang halus saperti kabinet Dapur atau Ukiran kayu.
Hari ini saya nak tunjukkan cara membuat meja hiasan bunga daripada kayu pallet terbuang. kayu ini ada yang terdapat di tempat buangan sampah atau ditepi-tepi kedai yang tak diperlukan lagi. Tak perlulah kayu pine saperti ni tapi cukuplah hanya kayu pallet yang biasa saja pun cukuplah. Kemahiran yang diperlukan ialah memotong kayu dan memaku sahaja.
Oklah nak tau caranya ?
Peralatan yang diperlukan :-
       1. Gergaji atau mesin pemotong
       2. Tukul besi 
       3. Berus lekar
       4. Clear lekar
       5. Kertas Pasir
       
Bahan-bahan :-
       1.  Kaki Depan                                       -     740mm       -    2 Keping
       2.  Kaki Belakang                                  -    1400mm      -     2 keping
       3.  Kayu lintang tepi                              -     500mm       -     4 keping
       4.  kayu lintang depan /belakang           -    610mm        -     2 keping
       5.  Lantai atas  / Bawah                         -    610mm        -      10 keping
       6.  Paku                                                  - 1 1/2"             -    seckupnya
Langkah-langkah:-
1. Potong kayu mengikut ukuran
2. Sesuaikan mengikut keperluan
3. Paku dan cantumkan kayu mengikut cara yang betul
4. Gosok dengan kerta pasir
5. Sapu denga clear lekar. 
6. Biarkan kering dan boleh digunakan.
Mudah Bukan?

Selamat Mencuba.


Sunday, 22 March 2015

Perabot dari kayu Lama

Trend pengemar-pengemar perabot sekarang adalah berbeza. Dari perabot moden kepada perabot-perabot yang antik dan klasik.. Permintaan perabot ini menjadi kegilaan generasi muda yang gemarkan perabot lebih santai dan hiasannya yang lebih klasik. Minggu ini saya banyak menyiapkan perabot-perabot yang antik dan klasik yang diperbuat dari kayu lama. Lagi lama kayu itu  lagi mahal pula harganya. Rata-rata orang yang tinggal di bandar sangat mengemari perabot-perabot yang seperti ini kerana ia lebih lasak dan tidak ditelan zaman. Lihat perabut di bawah yang nampak menarik dan mengkagumkan.