Terasa puas dan gembira kerana dapat menyiapkan perabot Pallet Pelanggan yang mereka kehendaki. Membuat perabot pallet perlu ada kemahiran dan minat yang tinggi kerana ia rumit dan memerlukan ketelitian. Tambahan pula ia memerlukan kemasan yang baik dan berkualiti. Sebab itu harga perabot kayu lebih mahal.Ok terima kasih semua.
Thursday, 5 July 2018
Saturday, 5 May 2018
Message yang tak berjawab.
As-salam.
Maaf ye kekawan sebab banyak email dan pertanyaan yang tidak terjawab. Meskipun sekarang saya telah pun bersara namun oleh sebab tempahan perabot yang banyak kadang-kadang saya tak sempat menjawab satu persatu. Nak menulis dalam blog saya pun asyik saja terlepas. Mungkin kekawan rasa kecewa tapi saya memohon beribu ampun dan maaf sebab mengecewakan rakan-rakan. Insaallah nanti saya akan jawab bila ada masa dan kelepangan. Terima kasi atas sokongan kekawan.
Tuesday, 10 April 2018
Wainscoating penyeri Rumah
Salam dan selamat sejahtera,
Wainscoating atau panelling adalah satu kemasan tembok yang dipasang di bawah tembok didalam rumah. Ia menjadikannya nampak cantik dan mewah sedangkan kosnya taklah begitu mahal tetapi ia menjadikan bahagian dalam rumah kita bergaya mewah. Harganya bergantong kepada saiz tinggi ,lebar dan tebal. Bahan yang digunakan juga diambil kira saperti jenis cat dan kumai.Warna menurut cita rasa kita. Jika anda berminat nak membuat wainscoating panelling boleh call 012-7869205.
terima kasih.
Wainscoating Berkemasan cat
Monday, 23 October 2017
TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG
Bersyukur atas sokongan pelanggan-pelanggan kami akan memberi potongan 10 peratus kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan dari 20hb.Nov. hingga 31hb.Disember 2017. Kami amat menghargai sokongan pelanggan dan diucapkan terima kasih. Kami tidak memilih tempahan yang pelanggan ingin buat walaupun hanya berharga RM50. Setiap yang datang semuanya rezeki dari Allah. Kami amat menghargainya. Terima kasih ya Allah. Tempah sekarang Call or Wasap 0127869205 Nibong Emas Jaya.
Sunday, 24 September 2017
Tanggam Lubang dan Puting
Salam sejahtera,
Hari ni saya nak menyambung lagi penerangan tanggam. Tanggam yang saya nak terangkan adalah Tanggam lubang dan puting. Biasa tak dengar tanggam ini. Bagi yang baru dalam kerja ini memang jarang dengar tapi bagi yang dah lama tentunya selalu dengar. Tanggam ini digunakan untuk membuat kaki meja, membuat almari dan pada kerja-kerja pembinaan kayu yang memerlukan tanggam yang kuat dan kukuh.
Ada beberapa jenis . Antaranya :-
1. Tanggam Lubang dan Puting Biasa
2. Tanggam Lubang dan Putung Litup
3. Tanggam Lubang dan Puting Kembar
4. Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang
Gambarajah Tanggam-amggam tersebut.
Hari ni saya nak menyambung lagi penerangan tanggam. Tanggam yang saya nak terangkan adalah Tanggam lubang dan puting. Biasa tak dengar tanggam ini. Bagi yang baru dalam kerja ini memang jarang dengar tapi bagi yang dah lama tentunya selalu dengar. Tanggam ini digunakan untuk membuat kaki meja, membuat almari dan pada kerja-kerja pembinaan kayu yang memerlukan tanggam yang kuat dan kukuh.
Ada beberapa jenis . Antaranya :-
1. Tanggam Lubang dan Puting Biasa
2. Tanggam Lubang dan Putung Litup
3. Tanggam Lubang dan Puting Kembar
4. Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang
Gambarajah Tanggam-amggam tersebut.
Tanggam Lubang Dan Puting Tembus
Tanggam Lubang dan Puting Kembar
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang
Contoh-contoh dimana Tanggam itu digunakan
Thursday, 21 September 2017
Tanggam Lekap
Salam dan selamat sejahtera,
Sebelum ini saya pernah menerangkan kepada rakan-rakan jenis-jenis tanggam yang digunakan dalam kerja - kerja pertukangan kayu. Tanggam-tanggam biasanya digunakan pada tempat-tempat tertentu sesuai dengan fungsinya. Kali ini saya nak menerangkan serba sedikit tentang tanggan lekap.
Tanggam Lekap adalah tergolong dalam tanggam yang selalu digunakan dan mudah. Biasanya ia banyak digunakan untuk pembinaan frame ( pemidang ) pada atas meja dan dinding. Ada beberapa jenis Tamggam Lekap:-
1. Tanggam lekap penjuru
2.Tanggam Lekap serong
3. Tanggam Lekap Palang
4. Tanggam Lekap Bajang
Rajah-rajah Tanggam Tersebut.
Tanggam Lekap Palang
Thursday, 31 August 2017
Kabinet Dapur warna hijau Terang
Pemilihan warna kabinet Dapur kadangkala memeningkan kepala jugak. Nak yang lembut, terang atau warna putih bersih. Ramai yang beranggapan warna yang terang tu tak sesuai dengan persekitaran dapur. Ada yang mengatakan ia akan menjadikan otak kita berserabut. Berani memilih warna juga kadangkala boleh membangkitkan semangat. Dalam entri saya kali ini saya diminta oleh pelanggan untuk mereka dapurnya. Wow... pemilihan warnanya yang berani menjadikan kabinetnya menarik sekali. Ramai yang memuji pemilihan warnanya. Dan buktinya pelanggan-pelanggan saya yang menempah juga mahukan warna begini. Lihatlah ... semoga anda juga akan tertarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















