Saturday, 11 February 2012

Buat perabot ... apa yang perlu ya.



Dari kayu Padu


Hasil kerja Pelajar saya

Hasil Kerja Pelajar
Plywood nyatoh


Perabot dari Partical Board

Dibuat daripada habuk kayu atau reja-reja kayu yang digam menjadi plywood dan ditampal bahan kemasan. Keburukannya adalah alah kepada air dan kelembapan.



MDF ( Medium Density Fibre )

Dibuat daripada kayu yang digam dan di press sehingga padat. Tidak tahan air dan kelembapan.




Polyester PLywood

Ianyanya nipis seperti plywood 4mm tebal.


Nak buat perabot, kita perlu tahu keperluannya. Ianya perlu dirancang supaya apa yang kita nak buat tu menghasilkan kerja yang berkualiti dan cantik. Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu. Antaranya lakaran perabot yang kita nak buat, ukuran, kos, bahan dan peralatan yang kita ada. Bahan ni pun nak pastikan samada bahan tu tahan lama atau perabot yang kita nak buat tu berada dimana. Maksudnya adakah ianya berada di tempat kering atau tempat yang basah. Kalau tempat yang basah kita tak boleh gunakan MDF, Partical board, plywood dan bahan-bahan yang mudah rosak.

Sunday, 5 February 2012

Adakah saya boleh Buat

Selamat sejahtera.
Ramai sahabat2 yang bertanya, adakah saya boleh membuat perabut? Bukannya lelaki tetapi perempuan juga yang bertanya begitu. Pokoknya bukan lelaki atau perempuan, tetapi minat dan ingin mencuba. Sekarang ni kebanyakan daripada kita yang minat menghias rumah dengan pelbagai IDEA. Dan peruntukkan pula kadangkala terhad. Satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan membina perabut sendiri dengan masa dan peruntukan yang terhad.
Kadangkala perabut yang nak kita bina tu mudah je. Boleh buat sendiri. jimat belanja ,rumah cantik. Beli sedikit peralatan , boleh buat berbagai-bagai perabut yang kita nak , dengan ciptaan sendiri. Sekarang ni mesin dah canggih , harga pun tak mahal sangat. Tak payah guna tenaga teruk2 cam dulu. Kat ruang tepi rumah atau  porch pun dah boleh buat. Lepas tu alat simpan kat setor . Nak tempah, mak ooi.. harga mahal. Gunakan bakat dan minat anda. Berbaloi beb... Oklah kita jumpa nanti. Assalamualaikum.

Saturday, 4 February 2012

Membuat meja kopi Semudah ABC

Hai... kali ni saya nak tunjukkan cara membuat meja kopi. Ini bagi menambah dan meransang  minat anda untuk membina perabut sendiri.Video ni saya ambil dari video youtube untuk memberi sedikit pengetahuan kepada anda betapa mudahnya membuat perabut. Ikutilah video di bawah.


Part 1


Part 2


Selamat mencuba. tq



Peralatan Kerja kayu

Nak buat kerja ,perlu ada alat kan? Alat yang diperlukan taklah canggih sangat atau mahal. Cuma alat yang ringkas saperti tukul,gergaji, pita pengukur ,ketam dan lain-lain lagi. Manakala mesin pula seperti circular saw, drill, cordless, sander, portable table saw dan sebagainya. Berikut saya tunjukkan alat-alat yang perlu dalam pembuata perabut.

Pengapit, pahat kikir dan sesiku L

Gergaji Kerat


 Pita pengukur

 Ketam tangan
Tukul besi


Mesin asas membuat perabut menentukan ketepatan , kualiti dan kecepatan untuk membuat perabut. Untuk perabut yang mudah , mesin yang digunakan adalah mesin-mesin yang asas saje seperti portable planner, sander, jig saw, multi cut saw, router machine, cordless, drill dan sebagainya. Mari saya tunjukkan serba sedikit jenis-jenis mesin yang perlu dalam pembuata perabut.


Circular Saw


Sander


Cordless

Portable Planer

Multi Cut Saw

Jig Saw


Router


Portable Table saw


Itulah sebahagian daripada alat-alat yang biasa digunakan untuk membuat perabut. Tidak semestinya anda perlu memiliki kesemuanya tetapi belilah beberapa alat yang dirasakan perlu dulu untuk dibeli. Saya cadangkan anda beli alat-alat yang berjenama seperti Makita, Bosch ,Roby dan sebagainya kerana ia lebih tahan lama. Mesin buatan cina dan taiwan banyak dipasaran tetapi ketahanannya agak kurang. Namun terpulang kepada anda , kalau dijaga dengan baik boleh juga tahan lama. tq

Minat dan Kemahiran

Ramai kalangan kita yang berminat dalam pembuatan perabut. Samada ia untuk memenuhi minat atau untuk pendapatan sampingan, kita harus mempunyai minat dan kemahiran. Minat memang telah ujud dalam diri tetapi kemahiran perlu dipelajari. Untuk mendapat kemahiran kita perlu mendapat pengetahuan tentang kaedah membuat perabut dan pengetahuan itu haruslah dipraktikkan. Sebenarnya, untuk membuat perabut bukanlah sesuatu yang sukar tetapi kita perlu tahu teknik ,kaedah dan peralatan yang digunakan. Dalam entri yang akan datang saya akan tunjukkan kepada anda langkah demi langkah mempelajari pembuatan perabut. tq

Friday, 3 February 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya baru saje melancarkan blog saya yang berkisar mengenai perabut, membuat perabut, membaiki rumah, hiasa dalaman, mengajar tentang alat membuat perabut dan binaan. Sebenarnya saya nak berkongsi pengalaman dengan para pembaca tentang perabut dan rumah. Pengalaman saya selama 31 tahu mengajar di tiga buah sekolah teknik dan vokasional dalam bidang perabut, Binaan Bangunan dan kejuruteraan awam boleh dikongsi oleh rakan-rakan untuk membuat perabut sendiri dan memperbaiki rumah. Mudah-mudahan sedikit ilmu yang yang saya ade ni boleh dimanafaatkan oleh rakan-rakan. Terima kasih