Sunday 5 February 2012

Adakah saya boleh Buat

Selamat sejahtera.
Ramai sahabat2 yang bertanya, adakah saya boleh membuat perabut? Bukannya lelaki tetapi perempuan juga yang bertanya begitu. Pokoknya bukan lelaki atau perempuan, tetapi minat dan ingin mencuba. Sekarang ni kebanyakan daripada kita yang minat menghias rumah dengan pelbagai IDEA. Dan peruntukkan pula kadangkala terhad. Satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan membina perabut sendiri dengan masa dan peruntukan yang terhad.
Kadangkala perabut yang nak kita bina tu mudah je. Boleh buat sendiri. jimat belanja ,rumah cantik. Beli sedikit peralatan , boleh buat berbagai-bagai perabut yang kita nak , dengan ciptaan sendiri. Sekarang ni mesin dah canggih , harga pun tak mahal sangat. Tak payah guna tenaga teruk2 cam dulu. Kat ruang tepi rumah atau  porch pun dah boleh buat. Lepas tu alat simpan kat setor . Nak tempah, mak ooi.. harga mahal. Gunakan bakat dan minat anda. Berbaloi beb... Oklah kita jumpa nanti. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment