Friday, 18 November 2016

Hitam itu Menawan

Baru-baru ni saya diminta oleh pelanggan untuk mereka kabinet dapurnya. Dia pun tak tau macamana nak design dapurnya. Rekabentuk, warna dan bahan diserahkan pada saya dan saya rekakan satu kabinet yang rasanya tahan dan cantik bentuknya. Dan saya lukiskan dengan lebih kurang macam ni bentuknya.
Dan saya cadangkan formica berwarna hitam dan edgingnya menggunakan aluminium supaya ia nampak cantik. Akhirnya dia setuju. Hasil dari design itu maka saya balik ke bengkel dan maka terhasillah kabinet yang seperti ini. Syukur Alhamdulillah pelanggan sangat berpuas hati. Terima kasih.

Sunday, 23 October 2016

Maaf kepada Pengunjung-pengunjung

Assalam,
Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung saya kerana sokongan dan keperihatinan saudara.
Saya amat berbesar hati kerana saudara adalah peniup semangat dan pemberi satu dorongan yang memberi inspirasi yang membolehkan saya terus menulis dalam blog ni. Saya ingin memohon maaf kerana kadangkala saya tak dapat menulis mengikut rutin yang sepatutnya atas faktor-faktor masa dan terpaksa memberi kursus kepada jabatan dan syarikat-syarikat. Dan kerap juga saya tak dapat menjawab pertanyaan dari pengunjung-pengunjung. Walau bagaimanapun untuk menjimatkan masa pengunjung-pengunjung boleh hubungi saya atau wasap melalui Hp. Saya 012-7869205. Mohon maaf kalau panggilah tidak dijawab kerana pada masa itu biasanya saya sedang mengendalikan kursus. Terima kasih.

Friday, 8 July 2016

Selamat Hari Raya

Salam,
Kepada rakan-rakan, pelanggan-pelanggan, peserta-peserta kursus saya, pengunjung-pengunjung dan semua kenalan , saya ingin mmengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin jika terdapat segala kesilapan, tutur kata yang keterlalun , tingkah laku yang tidak menyenangkan dan halalkan makan dan minum. Semoga ukhwah antara akan tetap berkekalan. Amin

Monday, 2 May 2016

Perabot Kayu Pallet Sungguh Cantik

Keunikan kayu palllet memang boleh memukau penggemar perabot kayu.Sungguh pun kayu pallet dulu hanya sebagai kayu yang tidak dipandang orang namun kini kayu ini telah menjadi bahan popular masa kini. Sebenarnya syarikat saya banyak menerima tempahan perabot moden tapi kali ini saya telah menerima tempahan pelanggan yang meminati perabot kayu pallet. Tetapi disebabkan kami ingin memenuhi permintaan pelanggan maka saya mengambil keputusan untuk menerima tempahan tersebut. Ramai yang beranggapan perabot kayu pallet ni perabot murahan tetapi ia sebenarnya adalah sebaliknya. Memang kayunya boleh dikatakan agak murah tetapi cara pembuatanya adalah agak lama dan rumit. Kerana ia memerlukan mencantum papan dan membuat kemasan yang agak lama dan kos upah menjadi agak timggi. Namun bagi pengemar perabot pallet ini ia tidak menjadi masalah besar.
Setelah perabot pallet ini siap maka saya pun terpegun dengan perabot ini. Memang cantik. Nak tengok perabot pallet yang saya buat? Disini saya belanja gambarnya.



Wednesday, 2 March 2016

Minatku bertukang

Hari ni saya agak sibuk. Biasalah bagi orang yang bekerja dan berminat dalam kerja kayu dan hiasan dalaman. Memang sejak dari dulu minat saya terhadap kerja kayu amat tinggi. Sehinggakan kerja bertukang dan membuat perabot ini sebagai satu hobi. Dari hobi maka ia sekarang menjadi satu perniagaan yang membanggakan bagi saya. Syukur alhamdulillah pekerjaan saya amat membantu dalam meningkatkan kemahiran saya. Sebagai seorang pengajar dalam bidang perabut dan Teknologi Bangunan, ianya  banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran apatah lagi saya telah menceburinya selama 34 tahun. Apa yang ada pada saya , saya akan  curahkan kepada pelajar-pelajar saya.Begitu juga kursus-kursus yang saya adakan untuk individu-individu. Semoga usaha saya memberi manafaat kepada semua.