Friday, 8 July 2016

Selamat Hari Raya

Salam,
Kepada rakan-rakan, pelanggan-pelanggan, peserta-peserta kursus saya, pengunjung-pengunjung dan semua kenalan , saya ingin mmengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin jika terdapat segala kesilapan, tutur kata yang keterlalun , tingkah laku yang tidak menyenangkan dan halalkan makan dan minum. Semoga ukhwah antara akan tetap berkekalan. Amin

Monday, 2 May 2016

Perabot Kayu Pallet Sungguh Cantik

Keunikan kayu palllet memang boleh memukau penggemar perabot kayu.Sungguh pun kayu pallet dulu hanya sebagai kayu yang tidak dipandang orang namun kini kayu ini telah menjadi bahan popular masa kini. Sebenarnya syarikat saya banyak menerima tempahan perabot moden tapi kali ini saya telah menerima tempahan pelanggan yang meminati perabot kayu pallet. Tetapi disebabkan kami ingin memenuhi permintaan pelanggan maka saya mengambil keputusan untuk menerima tempahan tersebut. Ramai yang beranggapan perabot kayu pallet ni perabot murahan tetapi ia sebenarnya adalah sebaliknya. Memang kayunya boleh dikatakan agak murah tetapi cara pembuatanya adalah agak lama dan rumit. Kerana ia memerlukan mencantum papan dan membuat kemasan yang agak lama dan kos upah menjadi agak timggi. Namun bagi pengemar perabot pallet ini ia tidak menjadi masalah besar.
Setelah perabot pallet ini siap maka saya pun terpegun dengan perabot ini. Memang cantik. Nak tengok perabot pallet yang saya buat? Disini saya belanja gambarnya.



Wednesday, 2 March 2016

Minatku bertukang

Hari ni saya agak sibuk. Biasalah bagi orang yang bekerja dan berminat dalam kerja kayu dan hiasan dalaman. Memang sejak dari dulu minat saya terhadap kerja kayu amat tinggi. Sehinggakan kerja bertukang dan membuat perabot ini sebagai satu hobi. Dari hobi maka ia sekarang menjadi satu perniagaan yang membanggakan bagi saya. Syukur alhamdulillah pekerjaan saya amat membantu dalam meningkatkan kemahiran saya. Sebagai seorang pengajar dalam bidang perabut dan Teknologi Bangunan, ianya  banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran apatah lagi saya telah menceburinya selama 34 tahun. Apa yang ada pada saya , saya akan  curahkan kepada pelajar-pelajar saya.Begitu juga kursus-kursus yang saya adakan untuk individu-individu. Semoga usaha saya memberi manafaat kepada semua.

Wednesday, 30 December 2015

Terima kasih Semua

Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi mengasihani,
Kami amat bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Kepada semua pelanggan,  saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana memberi kepercayaan kepada  saya dan  syarikat saya untuk mereka dan membuat tempahan perabot. 
Walau pun kadangkala pelanggan-pelanggan terpaksa menunggu lama atas faktor menunggu giliran, pelanggan tetap sabar menunggu. Saya mohon maaf atas kelewatan. Keupayaan kami hanya boleh menyiapkan 3 hingga 4 rumah saja seminggu. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga jasa tuan-tuan akan diberkati Allah.

Tuesday, 24 November 2015

KURSUS ASAS MEMBUAT PERABOT KALI KE - 2

Salam dan selamat sejahtera,
Kepada semua pengunjung dan peminat blog saya, saya akan mengadakan kursus membuat perabot kali ke - 2 yang akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut :-

Tarikh     :    12hb. Disember 2015
Hari         :     Sabtu
Masa       :     8.00 pagi - 5.00 petang
Bayaran   :     rm 450.00
Tempat    :    No. 10, Jalan Hijau , Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat Johor.

Jadual Kursus :

8.30                       -   Pendaftaran
9.00                       -   Pengenalam alat dan bahan
10.30                     -   Minum pagi
11.00                     -   Amali asas membuat kabinet
12.30                     -   Makan Tengahari
2.00 petang            -   Amali
5.00 petang            -   Penutup dan bersurai.

Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada perabot
  • Pengenalan alat dan bahan
  • Kaedah memasang kabinet
  • Memasang Ensel
  • Cara memasang formika
Pendaftaran dibuka sekarang . Wassap ke 012-7869205 atau email ke skillperabut@gmail.com.
Cepat , siapa cepat dia dapat. Tempat terhad.

Sila hantar nama , Alamat , dan no. H/P .

Friday, 30 October 2015

Meja Sebaguna

Kali ini saya nak tunjukkan cara buat meja serbaguna. Bahan yang digunakan adalah bahan yang mudah didapati dan kosnya pun murah. Selamat mencuba.



Tinggi meja ini ada 12".

Senarai Bahan :

 Kaki  

1. 3/4" x 3" x 14"           -  4 keping
2. 3/4" x 2 1/4" x 14"      -  4 keping

Kayu Lintang

1. 3/4" x 3" x 30 1/2" - 2 keping
2. 3/4" x 3" x 17"       - 2 keping

Papan Atas

1. Plywood         3/4" x 23" x 35"   -  1 keping
2. Kayu Tepi      1/2" 1" x 36"        -  2 keping
3. Kayu Tepi      1/2" x 1" x 23"     -  2 keping
4. Cermin          1/4" x 23" x 35"   -   1 keping

Peralatan 

1.  Mitre saw
2. Nail Gun
3. Skrew
4. Kertas Pasir
5. Dan lain-lain peralatan yang perlu.

Langkah-langkah.

1. Cantumkan kali meja
2. Ambil plywood dan pasang kayu tepinya
3. Cantumkan bahagian atas dan kaki meja
4. Pasang cermin pada bahagian atas meja.
5. Buat kemasan




Sunday, 18 October 2015

Kursus Asas Membuat Perabot Pada 17hb. Oktober 2015

Salam dan selamat sejahtera.
Pada 17hb.Oktober 2015 yang lalu ,saya telah mengendalikan Kursus Asas Membuat Perabot Di Bilik Seminar MDZ Taman Bukit Pasir Batu Pahat Johor. Alhamdulillah kursus tersebut berjalan dengan lancar. Peserta-peserta dari selangor, Negeri Sembilan dan Johor telah mengikuti Kursus tersebut. Saya tak dapat menerima peserta yang ramai kerana kekurangan tempat. Biasanya saya hanya menerima pelajar diantara 8 dan 10 orang peserta saja. Kursus tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.50 petang.Terima kasih kepada semua pekerja. Berikut adalah liputan gambar pada kursus tersebut