Saturday 4 February 2012

Peralatan Kerja kayu

Nak buat kerja ,perlu ada alat kan? Alat yang diperlukan taklah canggih sangat atau mahal. Cuma alat yang ringkas saperti tukul,gergaji, pita pengukur ,ketam dan lain-lain lagi. Manakala mesin pula seperti circular saw, drill, cordless, sander, portable table saw dan sebagainya. Berikut saya tunjukkan alat-alat yang perlu dalam pembuata perabut.

Pengapit, pahat kikir dan sesiku L

Gergaji Kerat


 Pita pengukur

 Ketam tangan
Tukul besi


Mesin asas membuat perabut menentukan ketepatan , kualiti dan kecepatan untuk membuat perabut. Untuk perabut yang mudah , mesin yang digunakan adalah mesin-mesin yang asas saje seperti portable planner, sander, jig saw, multi cut saw, router machine, cordless, drill dan sebagainya. Mari saya tunjukkan serba sedikit jenis-jenis mesin yang perlu dalam pembuata perabut.


Circular Saw


Sander


Cordless

Portable Planer

Multi Cut Saw

Jig Saw


Router


Portable Table saw


Itulah sebahagian daripada alat-alat yang biasa digunakan untuk membuat perabut. Tidak semestinya anda perlu memiliki kesemuanya tetapi belilah beberapa alat yang dirasakan perlu dulu untuk dibeli. Saya cadangkan anda beli alat-alat yang berjenama seperti Makita, Bosch ,Roby dan sebagainya kerana ia lebih tahan lama. Mesin buatan cina dan taiwan banyak dipasaran tetapi ketahanannya agak kurang. Namun terpulang kepada anda , kalau dijaga dengan baik boleh juga tahan lama. tq

128 comments:

  1. salam cikgu Jo..saya berminat dengan pertukangan kayu ni..mana nak cari kayu mdf@oak ye?kebanyakan jual resak n balau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam anonymous.Mdf ni banyak dijual dekat kedai hardware yang menjual plywood dan peralatan perabut.tq

      Delete
  2. salam...boleh tak bg senarai lengkap bahan dan peralatan untuk membuat sebuah meja kopi mini...selain itu boleh tak beri langkah permulaan kerja dari penyediaan bahan,penyambungan dan kemasan kerja buat meja kopi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insaallah nanti saya akan tunjukkan dalam entry akan datang.tq atas cadangan anda.

      Delete
  3. salam tuan,dimana kedai yang boleh saya dapatkan bahan mentah pembuatan kabinet ye?maksud sy kayu perabot

    ReplyDelete
  4. Assalam cikgu..maafkan saya,kat mana nak cari peralatan2 membuat perabot tak kira la dari alat2 yg kecil sehinggalah yang besar.saya berada di kuala lumpur..terima kasih..ni email saya,asreja@gmail.com.

    ReplyDelete
  5. salam tuan, tuan boleh dapatkan peralatan membuat perabut di hardware yang menjual peralatan logam dan mesin. saya ade juga ade membekalkan peralatan tangan dan mesin mudah alih kepada rakan2 yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya adakah vibrator perlu memasang wayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vibrator apa yang dimaksudkan tu Takuya. Vibrator untuk concrete ke? kalau vibrator konkrit hanya menggunakan engine petrol.tq

      Delete
  7. salam. sekadar ingin berkongsi pengalaman.

    kalau di KL dan ingin mencari peralatan di atas, maybe boleh cube area sungai buloh dekat Jalan Welfare tu (3.197881,101.575726 kalau ikut Google Map). Di situ ada banyak kilang perabot - byk peralatan DIY ada jual disana termasuklah mesin diatas, alat ganti perabot mcm kaki katil, tombol pintu kabinet dsbnya. Kedai kayu pun ada juga.

    Saya baru jugak dalam bidang pertukangan ni. Projek pertama saya boleh lihat di http://ikanez.blogspot.com/2012/01/and-now-im-into-carpentry.html

    Tak menjual pun. Hobi je. Saya masih tak pandai finishing - kalau ada expert diluar sana nak jugak belajar :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih tuan atas bantuan kepada rakan-rakan.

    ReplyDelete
  9. Assalam. cikgu ada buat kelas kerja kayu ke? Saya berminat nak pelajari kerja kayu..

    ReplyDelete
  10. nayah, saya tak buat kelas kerja kayu kerana tak ade tempat. Bengkel yang saya ade tu hanya untuk menyiapkan tempahan kabinet. tak taulah akan datang. Insaallah. tq



    ReplyDelete
  11. salam tuan..saya mncari bengkel yg offer servis utk alter perabot (ikea)..just nak simple cut je..tuan ada provide service ni / ada contact bengkel yg buat?

    tq

    ReplyDelete
  12. cikgu jo , ape fungsi "multi cut saw"

    ReplyDelete
  13. salam tuan. Multi cut saw digunakan untuk memotong kayu dalam berbagai bentuk. Contohnya memotong , memotong mengikut sudut 30, 45, 60 darjah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  14. Salam.Wan. Sori lambat reply sebab sibuk. Tuan di mana? Saya tak pasti pulak dimana. Saya ade juga bengkel perabot tapi membuat yang baru sahaja.

    ReplyDelete
  15. Cikgu nak Tanya pendapat untuk permulaan nak buka bengkel nak set up parmenant table saw ke nak beli portable table saw.. yg mana lebih baik. Terima kasih.. Zahir Penang.

    ReplyDelete
  16. salam tuan. Bagi pandangan saya tuan adalah lebih baik beli table saw sahaja kerana ia tahan lama dan multi purpose. Harganya pun lebih kurang rm1700 . Harga portable saw lebih kurang RM800- RM900. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum rakan2 pertukangan smua...seronok dpt berkongsi pengalaman dgn tukang2 smua...salam perkenalan dari sye...sye juga membuat perabut bengkel sye terletak di kajang

    ReplyDelete
  18. Salam, boleh tak tuan share perjalanan proses membuat kabinet dari awal hingga akhir. tk

    ReplyDelete
  19. Insaallah dalam waktu yang terdekat ni saya akan tunjukkan. terima kasih

    ReplyDelete
  20. Salam, ada sesape yg berminat dengan kayu pulai.. saya ada sebatang dlm bentuk pokok lagi, ada sebesar 2 pemeluk-0194373305

    ReplyDelete
  21. Salam, saya berminat utk mencebur kerja2 pertukangan kayu. Di area kl ade x bengkel yg menyewa peralatan pertukangan? Sewa ikut masa pakai bengkel & alatan tukang.

    ReplyDelete
  22. waalaikumsalam. Sewaan peralatan tak pasti pulak. Bagi saya tuan elok beli mesin tangan mudah alih seperti circular saw, cordless, router, mesin drill , mesin tangan mudahalih dan sebagainya secara berperingkat-peringkat. Insaallah banyak manafaatnya.

    ReplyDelete
  23. السلام عليكم 
    cikgu, router & multicut saw biasanya kegunaan yg bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikunsalam. Router digunakan untuk membuat kumai dan meratakan formika manakala multicut saw digunakan untuk memotong sudut dan memotong kayu yang kecil. t/kasih.

      Delete
  24. Bole buatkan frame pintu kayu sekelas dgn cengai atau balau? Whatsapp saya 0196995666

    ReplyDelete
  25. Minta maaf tuan , saya tak buat frame pintu atau pintu kayu. saya cuma buat kabinet dapur, wardrobe, wallpaper dan lantai laminate.tq

    ReplyDelete
  26. Salam cikgu, dan tuan2, sapa tau suplyer kayu pine kt melaka, dan gam apa yg kuat untuk kayu, tq

    ReplyDelete
  27. Waalaikumsalam. Kawasan Melaka saya tak pasti kat mana . Tapi saya pernah nampak dijual dikedai kayu secondhand di seri Merlong Rengit Batu Pahat Johor.

    ReplyDelete
  28. Assalamualikum. Nak tanya mana nak dapat kayu pine. Saya nak beli. Area JB

    ReplyDelete
  29. salam. Di Jb saya tak pasti tapi kalau tak silap di Pasir Gudang. Cuba search di google. Syarikatnaya saya dah lupa. tq

    ReplyDelete
  30. Salam, ade tau tak pembekal kayu pine seluruh malaysia.. blh bgi lokasi yg cikgu tau x..tq

    ReplyDelete
  31. Salam Hafiz. Kawan saya ada jual kayu pine. Lokasi Batu Pahat Johor. Kalau berhajat hubungi saya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hendak beli kayu pine..bole bg saya no utk dihubungi 0136972717

      Delete
  32. Assalamualaikum Tuan. Adakah mana2 bengkel perabot dimelaka?

    ReplyDelete
  33. salam.saya tak ada bengkel perabot di Melaka. cuma saya membuat tempahan customer hingga bandar Melaka. Tq

    ReplyDelete
  34. kat mana nak cari kayu mdf area batu pahat cikgu ?

    ReplyDelete
  35. Boleh beli di Perabot Pantai Taman Beroleh Jalan Kluang Batu Pahat.

    ReplyDelete
  36. Assalam cikgu jo..nak mintak boss tolong buatkan project kayu saya boleh tak?nanti harga kita bincang lain.

    ReplyDelete
  37. Insaallah boleh. Memang itu bisnes saya . Boleh hubungi saya. Tq

    ReplyDelete
  38. assalam cikgu ada buat kelas x?saya anak muda melaka baru 3 bulan dlm bidang ni..kalau cikgu ada buat kelas bgtau ye..tq in advance :)

    ReplyDelete
  39. waalaikumsalam. Ada lagi tapi atas permintaan rakan mohon diadakan lepas raya. insaallah nanti saya beritahu,tq

    ReplyDelete
  40. Salam Cikgu,

    Saya berangan nak beli jointer plane #7. Di kedai manakah di Batu Pahat yang menjual alat seperti itu?

    ReplyDelete
  41. Salam. Boleh oder kat kedai supply mesin disebelah kedai kereta Depan Pejabat Tanah sebaris dengan Agro Bank. Nama kedai tu saya lupa.tq

    ReplyDelete
  42. Terima kasih Cikgu. Nama kedai tu Eng Huat, Jln Mengkudu. BP.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikom Cikgu, Bila lagi cikgu nak buat kursus ... kalau ade inform ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Insaallah saya akan adakan pada hujung sept nanti.

      Delete
    2. Ok Cikgu nanti inform ye tarikh nyer dan bila boleh daftar... maklumlah kene ambil cuti...

      Delete
    3. Insaallah nanti saya akan maklumkan. Tq

      Delete
  44. Boleh saya tahu kat mana menjual mesin membuat perabot???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesin boleh dibeli dikedai menjual mesin mudah alih atau kedai yang menjual barang-barang logam.

      Delete
    2. Hubungi saya jika berminat nak beli circular saw/portable planer/ jigsaw electric..0166011972

      Delete
  45. Boleh saya tahu kat mana mesin membuat perabot dijual?

    ReplyDelete
  46. Kat mana ye mesin membuat perabot dijual?

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum..boleh tahu di kelantan, kat mana nk cari pine wood?ada kenal supplier kayu dari kelantan x?

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum, Tuan kat mana nak dpt peralatan buat kabinet... Saya nak modified sikit kabinet rumah... mcm wire rack... sliding... grill, tq tuan

    ReplyDelete
  49. waalaikumsalam. Peralatan buat kabinet boleh dapatkan di kedai pembekal peralatan perabot. Sliding boleh dapatkan dikedai aluminium manakala grill, wire rack dan sebagainya dikedai stanley steel.

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum.. nak tanya kat mana jual mata router saiz 19mm. Q nak buat pasang kunci mortise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Mata router boleh dibeli di kedai barang-barang logam dan hardware.tq

      Delete
  51. apa beza planer dengan sander?dan yg mana lebih sesuai untuk beginner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Planer ni ialah mesin pengetam kayu dan sander ni ialah mesin kertas pasir yang digunakan untuk melicinkan kayu t.kasih

      Delete
  52. salam..saya nk tempah buat meja tuk potong kain..boleh bagi info penukangnye..area subang jaya..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Minta maaf saya tak dapat memberi maklumat ini kerana saya tidak ada contqct di kawasan ini. T.kasih.

      Delete
  53. Salam..tumpang lalu.. pada sesiapa yg berminat dengan peralatan seperti jigsaw electric/circular saw/portable planer USED dengan harga mampu milik boley hubungi saya 0166011972 . Terima kasih.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum nak tanya..di area gombak..kat mana boleh sy dapatkn kedai yg boleh membaiki kayu katil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Minta maaf, sebab saya tak familiar sangat area gombak ni. Tq

      Delete
  55. Salam cekgu, saya ada tanam pokok stan, dah berusia 10 tahun , dah boleh tebang, lilit kayu sebesar paha , sekarang saya nak buat rumah kayu termasuk perabut, kalau nak beli semua mesin diatas memang besar belanja nak jadikan papan dsb, nak hantar sawmill agak2 berapa kadar upah mesin kayu supaya tak kena tipu dgn sawmill tu, atau boleh tak bagi contact untuk pemborong kayu setan kenalan chegu sekitar kota bharu, kel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Minta maaf tuan saya tak berapa mahir dalam penebangan kayu ni. Saya hanya beli kayu yang siap sahaja.

      Delete
  56. Salam tuan,
    Nak tau kwsn batu pahat kedai yg menjual kayu pine
    Ni no contact saya.0195226262

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum cikgu, nak tanya.. diantara kayu resak dengan kayu balau yang mana lebih bagus iaitu tahan lasak walaupun kena air hujan atau panas matahari. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Bagi pendapat saya kayu balau lebih baik sebab uratnya halus dan bila di buat kemasan nampak cantik dan berkualiti. Tapi harganya agak mahal.tq

      Delete
  58. Assalamualaikum cikgu.. sy nk tnyr klu area melaka cikgu tahu tak kat mne kilang yg bleh sewa untk buat perabot.. Sy dah start buat bisness perabot pallet.. Tp x der tmpt nk buat

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum cikgu.. sy nk tnyr klu area melaka cikgu tahu tak kat mne kilang yg bleh sewa untk buat perabot.. Sy dah start buat bisness perabot pallet.. Tp x der tmpt nk buat

    ReplyDelete
  60. waalaikumsalam. saya tak biasa dengan sewaan kedai di Melaka. Cuba cari di mudah.com

    ReplyDelete
  61. Slam..mana yang lebih baik antara gunakan skru atau paku untuk pembuatan perabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Bahan yang lebih baik adalah skru kerana ia kukuh dan kuat.t.kasih

      Delete
  62. assalamualaikum...tuan alat yang kita guna untuk tebuk lubang untuk kita sambungkan papan itu nama apa tuan? terima kasih

    ReplyDelete
  63. waalaikumsalam. Alat yang digunakan adalah drill sahaja dan masukkan dowel dan digam. T. kasih

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum Tuan. Saya mencari Pembekal kayu pine di sekitar Johor. Mohon Tuan SMS sy di nombor 0162227947 jika ada maklumat. Terima kasih...

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum Tuan. Sy mencari pembekal kayu pine di sekitar Johor. Mohon Tuan SMS ke nombor 0162227947 jika ada maklumat. Terima kasih...

    ReplyDelete
  66. Assalam cikgu.kayu ape yg digunakan untuk membuat pool table?

    ReplyDelete
  67. Waalaikumsalan. Biasanya kayu yang keras spt. balau, cengal ,kempas dan sebagainya. t.kasih

    ReplyDelete
  68. Salam 1malaysia tuan. Boleh tlg list harga2 mesin kayu tersebut. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Tentang harga tu susah saya nak jawab sebab harga tu banyak faktor yang tentukan. Jenama, lokasi kedai dan juga kedai. sebab semua kedai tak sama harga

      Delete
  69. salam tuan boleh buat kiosk makanan di dalam shopping complex? sy boleh sediakan 3D design.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang buat semua tu termasuk rak untuk kedai di shopping complex. tapi kedainya di mana?

      Delete
    2. Kalau area kl boleh contact no ni 0132508596

      Delete
  70. salam nak tanya gam kayu jenis apa yang terbaik?

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum cikgu...dekat mana saya boleh cari wood dowel pins utk di jadikan rak benang...ukuran dlm 3"...@ada nama lain x untuk kayu tu..

    ReplyDelete
  72. As salam tuan...dekat mana saya nak cari wood dowel pins panjang 3"..saya nak buat diy rak benang...bantu saya...atau kayu tsebut ada nama lain..dah pegi banyak hardware xdak pun dowel panjang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.Dowel yang saiz macam tu memang susah nak cari dan mungkin tak de. Kalau nak buat rasanya tak susah sangat. Tengok pada youtube how to making a dowel. Banyak ditunjukkan kat situ.tq

      Delete
  73. Assalamualaikum cikgu...saya nak tempah potong plywood ikut ukuran yg saya bagi boleh ke? Whatsapp 019-2160632 .

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum cikgu...saya nak tempah memotong papan pkywood ikut ukuran yg saya bagi boleh ke? Whatsapp 019-2160632

    ReplyDelete
  75. salam alaik tuan..saya tercari2 di mana nak beli kayu pine..saya bercadang nak buat perabot..kalau di hardware tu tiada....ada ke kedai ala2 HomeDepo di Malaysia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tuan boleh cari digroup fb kayu pallet. Disana ramai orang iklankan kayu pallet.

      Delete
  76. Saya dari klang... Dimana kedai menjual barang2 kemasan utk perabut.. Dan cikgu ada buat kelas tak... Minat nk join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Klang saya tak pasti dimana. Kursus belum lagi rancang nak buat, tapi insaallah kalau nak join nanti saya maklumkan. tq

      Delete
  77. Salam,

    Boleh tumpang tanya? di mana saya boleh cari/beli drawknife?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jarang gunakan alat ini jadi minta maaf tak tau mana nak dapatkannya.

      Delete
  78. Waalaikumsalam.Beli dikedai menjual peralatan logam atau hardware.

    ReplyDelete
  79. as salam en saya nak minta sedikit pertolongan. saya duk serdang.bole saya tahu kat mn saya bole dapatkan kayu spesis light red meranti dan kedondong? saya sgat memerlukan..

    ReplyDelete
  80. as salam en.saya nak minta sedikit pertolongan.saya duk area serdang.bole saya tahu kat mna saya bole dapatkan kayu spesis light red meranti dan kayu kedondong? saya sgat memerlukan

    ReplyDelete
  81. as salam en.saya nak minta sedikit pertolongan.saya duk area serdang.bole saya tahu kat mna saya bole dapatkan kayu spesis light red meranti dan kayu kedondong? saya sgat memerlukan

    ReplyDelete
  82. as salam en.saya nak minta sedikit pertolongan.saya duk area serdang.bole saya tahu kat mna saya bole dapatkan kayu spesis light red meranti dan kayu kedondong? saya sgat memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kayu light red meranti banyak terdapat di hardware menjual kayu tapi kendondong ni kayu tak tau nak cari di mana.

      Delete
  83. Salam semua...
    saya dari ipoh perak..ada sesiapa nak khidmat kerjakayu kawasan ipoh just call saya...machine saya complete cuma skrng tgh free..semua job dah siap.

    Mahanor 0125384499

    ReplyDelete
  84. Salam semua...
    saya dari ipoh perak..ada sesiapa nak khidmat kerjakayu kawasan ipoh just call saya...machine saya complete cuma skrng tgh free..semua job dah siap.

    Mahanor 0125384499

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakan-rakan di Ipoh boleh mendapatkan perkhidmatan dengan En. Mahanor

      Delete
  85. salam...nak tanya, boleh tak tuan buat island kitchen dr pallet wood? sy dari melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Hafizah, saya boleh buat island kitchen dari kayu pallet. Sekarang saya sedang buat wardrobe dan katil dari kayu pallet. Pn boleh hubungi saya di 012-7869205. cikgu jo.

      Delete
    2. Nur Hafizah, saya boleh buat island kitchen dari kayu pallet. Sekarang saya sedang buat wardrobe dan katil dari kayu pallet. Pn boleh hubungi saya di 012-7869205. cikgu jo.

      Delete
  86. mne saya boleh sewa/pinjam table saw di area PJ,selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Minta maaf tuan , saya tak biasa dengan kawasan PJ sebab saya berada di Batu Pahat Johor.

      Delete
  87. rasanya boleh sewa peralatan kat bengkel www.kerjakayu.my lokasi : shah alam

    ReplyDelete
  88. kedai kat mana yer..klu buat congkak kayu berapa harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. saya tidak membuat congkak kayu puan.

      Delete
  89. Assalamualaikum tuan, boleh saya tahu tuan ada penjual alat2 pertukangan kayu sperti dovetail saw x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Puan boleh dapatkan semua alat-alat tu di kedai hardware yang menjual logam dan perkakasan logam.T.kasih

      Delete
  90. Assalammualaikum cikgu.. Boleh share dekat mane sy bole dptkn mesin dowel kayu di kawasan batu pahat?

    ReplyDelete
  91. As salam. Tumpang tanya. Dekat mana ada jual kayu pine untuk buat perabot area johor bahru. Atau yang berdekatan. Alatan untuk membuat kabinet dapur serta alas kulit kayu beli di mana? Kulit buat alas kayu apa nama? Yang menggunakan seterika bagi melekat. Maaf tumpang bertanya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  92. salam cikgu..dimana bole saya dapatkn pallet pine di sekitar kluang?dan berapakah harganya?

    ReplyDelete
  93. Penjual semua jenis mesin perabot
    selangor, malaysia

    google link : http://goo.gl/lXVBwq
    Jeff +6011-11895509 (24hr on whatsapp)

    ReplyDelete
  94. Salam cikgu..kat Klang kat mane ada jual Circular Saw sharpener machine

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam . Maaf lambat menjawab kerana menunaikan fardhu haji. Klang saya tak nahir sangat tapi cari kedai hardware yang menjual peralatan tukang kayu biasa ada

      Delete