Assalamualaikum dan sellamat sejahtera.
Hari raya semangkin hampir. Semua sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari yang mulia ini. Ramai daripada kita memilih untuk menghias rumah mengikut kesukaan dan cita rasa sendiri. Semuanya indah-indah belaka. Sanggup berhabis untuk menukar langsir baru, perabut baru , cat baru , hiasan dan lain-lain lagi. Semuanya kerana nak memenuhi cita rasa dan kepuasan diri kita dengan kemampuan diri kita. Disini saya kongsikan sedikit tip untuk kita menjadikan ruang dalam rumah kita nampak cantik dan menarik.
- Pilih cat yang sesuai dengan perabot dalam rumah kita. Boleh kita pilih warna kesukaan kita tapi jangan sampai ianya menjadikan dalam rumah kita nampak gelap.
- Pastikan hiasa dalam rumah kita tidak bercampur-campur warna kerana ianya akan mencacatkan pemandangan.
- Kalau ruang dalam rumah kita sempit, pilih warna yang agak cerah atau terang supaya ianya akan kelihatan luas.
- Pastikan warna dinding, lantai, langsir, perabot dan perhiasan bersesuaian dengan warna yang dipilih.
contoh-contoh gambar yang saya dapat dari blog rakan-rakan untuk dijadikan panduan.
Semoga ianya dapat memberi sedikit panduan kepada anda. Terima kasih.