Wednesday 27 November 2013

Tip dan panduan untuk menempah kabinet dapur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam entry saya yang lalu saya telah diajukan soalan dari enie Zieta mengenai cara memilih kabinet dapur supaya tidak ditipu oleh kontraktor. Saya rasa soalan ini adalah satu soalan yang baik dan rasanya semua orang mengalaminya apabila kita nak memilih bahan dan kualiti yang baik untuk kabinet dapur kita.
Disini saya akan berikan sedikit tip dan panduan memilih kabinet dapur. Antaranya ialah :-
  • Tentukan apakah konsep yang kita inginkan. Moden atau klasik.
  • Berapakah kemampuan kewangan yang kita mampu sediakan.
  • Bahan yang kita ingini. Formika, polyster atau nyatoh.
  • Pastikan keluasan dan kelengkapan seperti handle, laci, rak,pintu bercermin dan sebagainya


Biasanya banyak kaedah yang kita gunakan untuk membuat kabinet dapur. Antaranya kaedah kayu padu, kaedah tampal, mengunakan partical board , MDF dan sebagainya. Secara peribadi saya syorkan kaedah kayu padu dan dikemaskan dengan laminated formika. Dapatkan penerangan yang sejelas-jelasnya dari kontraktor tentang bahan yang digunakan seperti berapa set laci yang diberikan,Aluminium edging atau ABS edging, handle yang digunakan,permukaan table top dan sebagainya. Jangan terpengaruh dengan harga yang murah kerana harga yang murah akan menentukan kualiti bahan yang digunakan.
Pastikan kita tidak terbeban dengan HIDDEN CHARGE kerana harga yang murah biasanya tidak termasuk table top, handle, kos pemasangan, kos pengangkutan dan akhirnya kita akan membayar kos yang lebih tinggi dari biasa.
Minta kontraktor menyediakan pelan dan lukisan perspective sebelum dimulakannya supaya kita  mendapat gambaran yang sebenar apabila dapur kita siap.
Secara anggaran harga pasaran kabinet pada masa ini adalah lebih kurang RM160 - RM210 sekaki bagi kabinet atas dan RM220-RM260 sekaki bagi kabinet bawah. Bahan yang digunakan adalah kayu padu , table top tahan panas dan berkemasan formika. Tidak termasuk penyedut asap dan sinki. Walau bagaimanapun harga boleh dirunding dengan menukar bahan kemasan dan boleh menggunakan kaedah rangka berongga. Itu saja sedikit panduan yang dapat saya berikan . Terima kasih.

11 comments:

  1. Boss..cth kayu padu tu macam mana ye.?..

    ReplyDelete
  2. Salam. Kayu padu adalah kayu yang terdapat dikedai-kedai papan tu. Terdapat dalam berbagai saiz dan jenis.

    ReplyDelete
  3. saya sangat setuju dengan artikel diatas kerana saya juga buat perabut dan perlu kita fahamkan pada pelanggan supaya tidak tertipu dan salah faham. terutama dari segi bahan digunakan

    ReplyDelete
  4. terima kasih tuan kerana sudi berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  5. kayu padu kat kedai papan tu jenis apa yang baik ya

    ReplyDelete
  6. salam tuan. Kayu ni berbagai jenis. Semua kayu baik tapi pemilihan kayu bergantung kepada kegunaan. Kayu merah untuk kerja-kerja yang ringan, kayu cengal untuk pondok wakaf dan untuk nyatoh untuk pembuatan perabut.

    ReplyDelete
  7. Salam...blh bg anggaran harga tuk kitchen cabinet 7x9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ini kabinet atas ke bawah. Atas dan bawah tu harganya berbeza. 7x9 tu kaki persegi ke atas panjang kabinet. t/kasih

      Delete
  8. Salam, saya berminat untuk masuk kelas. Jadual kelas untuk thn 2016 dah ada tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. untuk 2016 belum buat perancangan lagi.

      Delete
  9. assalamualaikum encik,sy cadang nk bt pintu kabinet sendiri,boleh sy tahu barang yg perlu sy beli,mohon nasihat dari encik

    ReplyDelete