Saturday, 6 September 2014

Kursus Asas Pembinaan Perabut.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya berdoa semoga semua rakan-rakan dilindungi oleh Allah S.w.t. Terima kasih kepada semua rakan-rakan kerana menyokong dan memberi semangat kepada saya untuk mengendalikan blog ini. Bukanlah tujuan saya untuk mengaut keuntungan dari blog ini  tetapi blog ini saya ujudkan adalah untuk memberi pengetahuan kepada rakan-rakan tentang ilmu-ilmu pertukangan. Mudah-mudahan sedikit ilmu yang saya beri nanti akan rakan-rakan gunakan untuk membuat perabut di rumah sendiri atau mungkin juga boleh digunakan untuk mendapat duit sampingan. Tidak ada daya saya untuk memberi semua orang wang tetapi apa yang saya mampu beri ialah sedikit ilmu yang saya ada. 
Saya amat bersyukur kepada rakan-rakan kerana ramai daripada rakan-rakan telah menghantar email kepada saya untuk mengikuti kursus asas yang saya akan adakan nati. Terima kasih banyak-banyak. Bila kursus itu akan dijalankan , semua rakan-akan akan saya beritahu. Mungkin saya tak boleh buat sekali, kerana terlalu ramai. Mungkin saya akan adalah secara dalam beberapa group. Dalam satu-satu kursus saya hanya akan mengajar 15 - 20 peserta sahaja kerana saya mahukan semua orang akan dapat apa yang saya ajar.
Sekarang saya sedang menyiapkan tempat, peralatan, nota dan keperluan untuk kursus itu nanti. Jadi saya tak mahu nanti peserta tidak dapat ilmu yang saya beri. Biarlah apa yang saya ajar nanti akan memberi manafaat kepada rakan-rakan. Dan kursus yang saya adakan ini adalah kursus kali yang pertama dan jika berlaku kekurangan biarlah kekurangan yang minima. Dalam kursus itu nanti saya akan ajar tiori dari segi peralatan dan bahan, cara membuat kabinet dan memasang, memasang pintu sehingga projek itu siap. Walau kabinet itu kecil tapi sekurang-kurangnya peserta boleh bawa balik.Saya mohon maaf atas kelewatan ini. 
Insaallah saya akan beritahu 2 - 3 minggu sebelum dijalankan supaya rakan-rakan dapat merancang cuti dan masa. Terima kasih banyak-banyak.

11 comments:

  1. salam..bila cikgu nk start projek kursus yang menarik ni? saya berminat untuk join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. tq . Oleh kerana pada bulan oktober bertembung dengan hari raya korban dan deepavali ramai yang mencadangkan kursus akan diadakan pada 1 hb. Nov 2014.

      Delete
  2. salam.. bila cikgu nk start kursus.. saya berminat untuk join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. Kursus akan bermula pada bulan1 Nov. 2014.

      Delete
  3. Replies
    1. Salam. my contact nombor 01110869205. tq.

      Delete
  4. Salam... tarikh nk buat bila cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Tarikh buat 1 hb. Nov 2014. Oleh kerana ramai saya akan buat dalam beberapa siri. tq

      Delete
  5. Alhamdulillah......cikgu saya nak joint gak bpe bayarannye cik gu??

    ReplyDelete
  6. Nak join cikgu. Bagaimana pembayarannya dan lokasinya dimana cikgu

    ReplyDelete
  7. saya berminat cikgu kursus asas perabut.email modal5637@gmail.com

    ReplyDelete