Wednesday 8 October 2014

Belajar Buat Perabut


Salam sejahtera untuk sahabat-sahabat semua.

Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu dengan rakan-rakan cara nak buat kotak hiasan yang mudah dan ringkas. Kotak hiasan ini boleh digunakan untuk menghiasi dinding ruang tamu dan ruang makan. Ianya nampak simple dan cantik. Bahannya tak banyak dan kosnya murah.




Bahan-bahan

1.  Plywood 15mm x 1' x 16"                -    2 keping
2.  Plywood 15mm x 1' x  14 1/2 "        -    2 keping
3.  Plywood putih  4mm x 16" x 16"     -    1 keping
4.  Kayu  1/2" x 2" x 16"                       -    2 btg
5.  Kayu  1/2" x 2" x 14 1/2"                 -    2 btg
6.  Paku/skru 1/2"                                  -    8 btg
7.  Paku 1/2"                                          -    12 btg
8.  Paku 1" ( untuk kayu belakang )      -     12 btg
9. Gam sentuh ( contact glue ) secukupnya.
10. Formika 1' x 16"                              -    2 keping
11. Formika 1' x 14 1/2"                        -    2 keping
12. Wall plug 1 1/2"                              -     9 btg

Peralatan.

1.    Mesin pemotong atau gergaji
2.    Tukul Besi
3.    Screw driver atau cordless
4.    Nail gun
5.    Kikir rata
6.    Dan alat-alat pertukangan lain.
7.    Drill


Langkah-langkah.

1.  Potong plywood mengikut saiz.
2.  Cantumkan dengan nail gun atau paku.
3.  Pasang plywood belakang
4.  Pasang formika dan ratakan dengan kikir
5.  Pasang edging PVC.
6. Pasang pada tempatnya.

Nota :

Untuk pengunjung-pengunjung yang masih belum mengenali bahan atau alatan , sila baca entry saya sebelum ini yang menerangkan alat dan bahan.

Terima kasih. Semoga bertemu di entry yang akan datang.

7 comments:

  1. wah. seronoknya dpt ilmu mcm ni. tq cikgu.

    ReplyDelete
  2. sama-sama. semoga memberi manafaat.

    ReplyDelete
  3. Ilmu yang bermanfaat.. terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  4. Ilmu yang bermanfaat.. terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu,
    Terima kasih ats tip d.i.y diatas. Saya nak tanya:-
    1.Jika di batu pahat dimana kita boleh beli formika ni?
    2.warna putih pd bahagian dalam kotak tu adakah di cat atau bagaimana?
    Sekian, terima kasih.
    -din.

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam. Nak beli formika ada di kedai cheang yeap Bukit Pasir. Bukan cat yang dalam tu iaitu pvc yang siap dilapis pada plywood 15mm. Plywood yang digunakan adalah multi board. Tanya kedai tu dia pun ada.tq

    ReplyDelete