Sunday 25 January 2015

Kabinet Dapur yang Simple Dan Ceria


Minggu lepas saya sempat siapkan satu projek kabinet dapur seorang pelanggan. Walaupun ianya sangat simple tapi ianya nampak cantik dan ceria. Design ini saya buat begitu kerana ruang dapurnya yang agak sempit dan juga laluan untuk kedapur. 
Gabungan antara pintu cermin dan kemasan formika menambahkan lagi seri ruang yang asalnya agak pudar dan suram. Dari pengalaman saya generasi muda inginkan warna yang cerah dan ceria manakala golongan yang berusia memang inginkan kemasan nyatuh dan kemasan kayu. Terdapat satu mini bar yang membolehkan keluarga duduk menikmati suasana minum petang yang santai.
Tile hitam dan putih memang menyerlah apabila digabungkan dengan warna kemasan formika yang berwarna orange. Kabinet ini adalah ciptaan saya sendiri. Kalau rakan-rakan nak menggunakan design ini saya dengan rela hati mengizinkannya. Semoga ianya dapat memberi inspirasi untuk dapur anda. Terima kasih dan jumpa lagi.







13 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu Jo..

    Sy sgt meminati hasil kerja cikgu..sungguhpun dlm gambar..ternyata hasilnyer mmg sgt kemas Dan teliti pembuatannyer...
    Boleh sy tau alamat kilang cikgu,1 hari nanti mgkin sy boleh dtg dan belajar serba sedikit mengenai ilmu pertukangan perabut ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu Jo..

    Sy sgt meminati hasil kerja cikgu..sungguhpun dlm gambar..ternyata hasilnyer mmg sgt kemas Dan teliti pembuatannyer...
    Boleh sy tau alamat kilang cikgu,1 hari nanti mgkin sy boleh dtg dan belajar serba sedikit mengenai ilmu pertukangan perabut ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu Jo..

    Sy sgt meminati hasil kerja cikgu..sungguhpun dlm gambar..ternyata hasilnyer mmg sgt kemas Dan teliti pembuatannyer...
    Boleh sy tau alamat kilang cikgu,1 hari nanti mgkin sy boleh dtg dan belajar serba sedikit mengenai ilmu pertukangan perabut ni..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu Jo..

    Sy sgt meminati hasil kerja cikgu..sungguhpun dlm gambar..ternyata hasilnyer mmg sgt kemas Dan teliti pembuatannyer...
    Boleh sy tau alamat kilang cikgu,1 hari nanti mgkin sy boleh dtg dan belajar serba sedikit mengenai ilmu pertukangan perabut ni..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih topeq nakamura. Bagi saya siapa saja yang nk ilmu perabut mmg saya tunjukkan. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk tujuan itu. Alamat bengkel saya di Pos 134, Kg Sungai Nibong Semerah Batu pahat Johor. Tel dulu kalau nak datang sbb saya bekeja. Yang ada dibengkel cuma pekerja. Jadi kalau tanya tu mereka tak arif sangat.

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu....berapakah harga untuk kabinet macam ni?

    ReplyDelete
  7. Walaikumsalam. Ia berharga Rm4800. Table top batu dan tiles tuan rumah dah sediakan.Tq

    ReplyDelete
  8. salam, berapa kos sekaki persegi utk kabinet dapur yg tuan buat?

    ReplyDelete
  9. Waalaukumsalam. Kos sekaki persegi adalah bergantong kepada bahan, kemasan, dan juga design. Bagi kabinet atas adalah diantara RM 70 hingga RM110 dan bagi yang bawah antara RM120 hingga RM280. Tidak masuk kelengkapan seperti handle,ensel,gelangsat laci, rak pinggan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu..boleh bg sy no phone cikgu?sy nk dtg kilang n belajar..tq

    ReplyDelete
  11. salam. Hp saya ada dalam blog saya. tq

    ReplyDelete
  12. salam cikgu.. macammna nak buat lubang hinges utk pntu kabinet jenis cup bulat atau concealed hinge..dan berapa jarak dari hujung kayu tu? saya cuma ada cordless drill ja... nasihat cikgu amat diperlukan

    ReplyDelete
  13. Waalaikumsalam angah. Nak terangkan tu agak susah sikit sebab caranya panjang. Nak terangkan kena buat youtube ni.

    ReplyDelete