Wednesday 10 July 2013

Projek Meja Kopi

Salam sejahtera,
Saya pernah berjanji dengan rakan blog semua, untuk mengajar cara nak buat Meja Kopi. Tak beberapa lama  lagi raya bakal menjelma. Jadi rakan-rakan lebih baik buat sendiri untuk menjimatkan belanja.Lagi pun kalau ianya adalah hasil kerja kita maka ia amat berharga bagi kita. Bentuk meja yang saya akan tunjukkan adalah seperti dibawah .















Biasa saja kan bentuknya? Biar yang mudah dulu kita buat supaya kita mudah nak follow.
Dibawah ini adalah bentuk meja yang saya ceraikan supaya mudah nak melihat strukturnya.




Tanggam antara Tiang dan kayu gelegar




Pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi untuk memudahkan kita memahaminya



Alat yang digunakan :-
  1. Tolok penanda
  2. Pahat Pelubang
  3. Gergaji
  4. Sesiku L
  5. Pita pengukur
  6. Tukul besi
  7. Gandin
Bahan-bahan.
  1. Tiang 2" x 2" x 16"                        -   4 Batang
  2. Kayu 1' x 2 1/2" x 41"                   -   2 Batang 
  3. Kayu 1" x 2 1/2" x 17"                  -   2 Batang
  4. Plywood  3/4" x 2' x 4'                 -   1 Keping
  5. Kayu 1/2" x 3/4" x 4' 1"                -   2 Batang
  6. Kayu 1/2" x 3/4" x 2' 1"                -   2 Batang
  7. Gam PVA ( secukupnya )
  8. Paku 1"     ( secukupnya )
  9. Skrew       ( secukupnya )
  10. Angle plate                                    -    6 biji















Langkah-langkah.
  1. Sediakan bahan mengikut ukuran.
  2. Buat tanggam lubang dan puting berjanjang.
  3. Pasang tiang dan kayu gelegar ,gam dan pakukan.
  4. Pasang kayu tepi plywood ,gam dan pakukan.
  5. Pasangkan bahagian kaki dan muka meja dengan angle plate dan skru.
  6. Meja kopi siap dibina.
  7. Buat kemasan mengikut kegemaran.
Mudah-mudahan rakan-rakan dapat manafaat dari entri saya kali ini. 
Jumpa lagi dilain kali terima kasih.



10 comments:

  1. Salam, cikgujo ada buku utk asas buat perabot tak? Di kedai buku tak banyak buku mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih khairul. Saya sedang menyiapkan buku cara membuat perabot dalam Ebook. Insaallah lepas raya nanti mungkin siap.Buku tu lengkap dari mengenal bahan, lukisan, butiran tanggam dan ada lebih kurang 25 projek yang lengkap untuk diguna sendiri atau untuk dijual kepada rakan-rakan.Walau bagaimanapun anda boleh mengikuti blog saya ini. saya akan memberi tip-tip yang berguna untuk rakan-rakan.Terima kasih kembali atas sokongan anda.

      Delete
    2. Salam Tuan.Bagaimana saya nak dapatkan ebook tersebut?

      Delete
  2. Assalaimukalaikum wbt. Tuan.

    Saya amat berminat dan menyambung hobi saya semasa kecil. Sekarang sudah usia 40an.Hobi bertukang mahu diteruskan. Saya nak tanya, apa jenis kayu yang selalu orang buat meja .. warna kekuningan sedikit dan agak lembut.. banyak mereka buat di kedai makan...

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam. Terima kasih tuan atas pertanyaan tuan. Sebenarnya kayu yang digunakan adalah kayu getah. Sealer warna kekuningan dan disembur dengan clear pengilat.t.kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamuaikum Cikgu,
    Terima kasih atas inisiatif mewujudkan blog.Saya sebenar sangat berminat dengan seni ketukangan.Saya tidak berkesempatan menuntut ilmu dari ayahanda sendiri juga seorang guru dan tukang.Hampir semua perabot dibuat oleh ayahanda saya di kampung.Saya berharap cikgu,boleh mengadakan kursus utk peminat seperti saya..terima kasih,cikgu.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas cadangan tuan. Ramai yang meminta saya untuk membuat kursus, cuma saya tak ada tempat untuk mengendalikan kursus itu. Cuma saya ade juga menerima cadangan daripada rakan-rakan untuk mengendalikan kursus itu di dewan atau bengkel-bengkel perabut. Insaallah saya akan fikirkan . Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...saya sokong sangat tu cikgu jo...buat kursus...kalau boleh buat buku atau e-book asas pembuatan perabot...saya berminat nak belajar...

      Delete
  6. nak bartanya cikgu, cat bagaimanakah yg sesuai utk perabot kayu outdoor.

    ReplyDelete
  7. salam. Tentang cat ni banyak jenis. Tapi yang mudah kita gunakan adalah cat gloss finish. Boleh ke kedai cat dan minta bantuan dia.

    ReplyDelete