Salam.
Syukur alhamdulillah kerana kita sentiasa diberi rahmat dan kenikmatan oleh Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Dengan kenikmatan yang diberikan akan menjadikan diri kita ini sentiasa bersyukur dan memuji kebesarannya.
Zaman sentiasa berubah. Dari kita kecil sehingga kita dewasa berbagai-bagai perubahan telah berlaku . Baik dari segi ilmu, kerjaya ,fizikal dan kebendaan semuanya akan berbeza mengikut masa. Dari kita susah kepada hidup kita selesa dan mewah. Alhamdulillah atas nikmatnya.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung-pengunjung tentang keperluan dan kebaikan mempunyai kabinet dapur. Semua manusia inginkan sesuatu yang cantik dan menarik. Begitu juga keadaan keselesaan dalam rumah dan dapur. Yang pasti keadaan dapur mesti selesa dan kemas supaya penyediaan makanan untuk keluarga lebih mudah dan tidak terganggu. Samaada dapur kita besar atau kecil ia tidak menjadi masalah. Kabinet dapur boleh diperbuat daripada berbagai bahan. Antaranya chipboard, multiboard, polyster, kemasan formica , kemasan nyatoh dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemampuan kita. Nak yang murah boleh gunakan chipboard atau polyster, nak mahal boleh gunakan nyatoh atau kemasan fomica.
Chipboard murah tetapi ianya tidak tahan air dan kelembapan. Ianya akan mengembang dan pecah. Yang memerlukan ketahanan , gunakanlah nyatoh atau kemasan fomica. Tetapi harganya mahal sedikit. Kebaikan mempunyai kabinet dapur adalah kerana keadaan dapur kita nampak kemas dan menarik. Semua peralatan dapur boleh disusun dengan cantik dan tidak kelihatan jika tersimpan didalam kabinet. Peralatan dapur memang banyak dan sukar disusun jika tidak mempunyai kabinet. Peralatan yang berat disusun disebelah bawah dan yang ringan letakkan disebelah atas. Ketinggian kabinet sebelah bawah ialah 3' dan sebelah atas adalah 2 '. Namun ada juga yang memasang kabinet dapur sehingga keparas siling. Bergantung kepada keperluan kita.
Disini saya beri satu contoh kabinet yang saya buat untuk pelanggan saya. Ianya diperbuat daripada multiboard dan dikemaskan dengan formika 1G. Semoga sedikit panduan yang saya berikan akan membantu rakan-rakan untuk memilih dan mereka kabinet dapur.
No comments:
Post a Comment