Thursday 27 November 2014

perabut dari bahan terbuang

Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan untuk membuat perabut dari bahan terbuang. Bahan yang saya nak di kongsikan adalah perabot dari kayu pallet. Kadang-kadang banyak kayu-kayu pallet yang terbuang di tepi jalan. Lepas ni kayu pallet jangan dibuang , gunakan untuk menceriakan rumah kita dari bahan yang percuma dan telah dibuang.Cuba lihat perabut ini? . Cantik kan? Boleh cuba ye ?


Alat-alat dan bahan yang digunakan:-
1. Tukul
2. Gergaji
3. Scraper
4. Paku
5. Berus cat
6. Syelek atau cat
7. Wood filler ( penutup lubang )
8. Kertas pasir

Caranya mudah aje.
1. Buat lakaran lukisan perabot kita
2. Cari kayu pallet yang tidak digunakan lagi.
3. Ambil tukul dan tanggalkan pakunya
4. Cabut paku-paku yang tertinggal
5. Ketam kayu yang hendak digunakan
6. Potong mengikut saiz yang kita kehendaki
7. Paku kayu mengikut bentuk perabot yang kita lukis.
8. Gosok dengan kertas pasir
9. Buat kemasan. Di syelek atau dicat.
10. Letakkan cermin diatasnya.

12 comments:

  1. Salam...dimana sye boleh menempah kaca tempered glass area klang or s.alam?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Boleh beli di kedai cermin yang berdekatan dengan anda. Kebanyakkan kedai menjual glass tu. Boleh tempah dengan dia.tq

    ReplyDelete
  3. salam, boleh en. kongsikan idea atau pengalaman dlm bisnes perabot? saya seorang designer perabot di muar dan ingin mula berjinak dlm penjualan perabot.. bo
    leh en. kongsikan untuk artikel akan dtg?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan . Insaallah.

    ReplyDelete
  5. salam. tq. Ada masa terluang boleh buat sendiri. Tentu anda bangga dengan hasil tangan sendiri.

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu...boleh beri tunjuk ajar cara pasang dinding belakang almari wardrobe email sya pakha66@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam. Memasang belakang wardrobe ada dua cara. Satu menggunakan lurah dan yang satu lagi dipaku . Ukur lebar dan tinggi wardrobe. Potong plywood mengikut saiz dan pakukan dibelakangnya. Ia mesti dipasang sebelum kemasan tepi seperti formika dan kemasan lain dipasang. T/kasih

    ReplyDelete
  8. Wah desainnya bagus bagus dan menarik juga...

    ReplyDelete
  9. Salam... D mn blh sy dptkn wooden pallet d kwsn muar ledang n brp anggaran hrga

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. saya ada dengar ada di bukit pasir muar tapi tak tau di mana. sebab saya hanya buat kabinet dapur dan perabot kayu sahaja. Minta maaf ye

      Delete