Sunday, 8 February 2015

Perkhidmatan Membaik pulih Perabot Dan sofa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pengunjung blog saya, kami juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih perabot, membuat kemasan dan juga perkhidmatan membaiki sofa. Jika ada yang berminat hendak membaik pulih perabot lama menjadi baru boleh hubungi saya melalui talian yang tertera dalam blog saya. Terima kasih.

Tuesday, 27 January 2015

Ilmu Yang Tak Serapa Kadang-kadang boleh Memanafaatkan orang lain.

Assalamualaikum Rakan-rakan semua. Hari ni saya rasa bangga dan terharu menerima telefon dari seorang pengunjung blog saya. Terharu sebab sedikit ilmu dalam blog saya ni telah memenafaatkan rakan yang selalu mengikuti blog ini . Berkali-kali kawan kita ni mengucapkan terima kasih dan meminta izin untuk menghalalkan untuk menggunakan design saya di blog ini . Bagi saya tak ada masalah. Saya telah halalkan siapa saja yang nak menggunakan design saya. Silakan. Tak ada harta yang saya boleh sumbangkan kepada semua, yang ada cuma sedikit ilmu saja. Rakan-rakan boleh tanya mengenai perabut, berniaga perabut atau pengalaman-pengalaman saya dalam mengendalikan sebuah bengkel. 
Terima kasih kepada semua rakan-rakan memberi sokongan kepada saya selama ini dan kalau ada rakan-rakan yang sudi menjemput saya untuk berkongsi penngalaman pun saya bersedia.Sekian.

Sunday, 25 January 2015

Kabinet Dapur yang Simple Dan Ceria


Minggu lepas saya sempat siapkan satu projek kabinet dapur seorang pelanggan. Walaupun ianya sangat simple tapi ianya nampak cantik dan ceria. Design ini saya buat begitu kerana ruang dapurnya yang agak sempit dan juga laluan untuk kedapur. 
Gabungan antara pintu cermin dan kemasan formika menambahkan lagi seri ruang yang asalnya agak pudar dan suram. Dari pengalaman saya generasi muda inginkan warna yang cerah dan ceria manakala golongan yang berusia memang inginkan kemasan nyatuh dan kemasan kayu. Terdapat satu mini bar yang membolehkan keluarga duduk menikmati suasana minum petang yang santai.
Tile hitam dan putih memang menyerlah apabila digabungkan dengan warna kemasan formika yang berwarna orange. Kabinet ini adalah ciptaan saya sendiri. Kalau rakan-rakan nak menggunakan design ini saya dengan rela hati mengizinkannya. Semoga ianya dapat memberi inspirasi untuk dapur anda. Terima kasih dan jumpa lagi.







Thursday, 27 November 2014

perabut dari bahan terbuang

Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan untuk membuat perabut dari bahan terbuang. Bahan yang saya nak di kongsikan adalah perabot dari kayu pallet. Kadang-kadang banyak kayu-kayu pallet yang terbuang di tepi jalan. Lepas ni kayu pallet jangan dibuang , gunakan untuk menceriakan rumah kita dari bahan yang percuma dan telah dibuang.Cuba lihat perabut ini? . Cantik kan? Boleh cuba ye ?


Alat-alat dan bahan yang digunakan:-
1. Tukul
2. Gergaji
3. Scraper
4. Paku
5. Berus cat
6. Syelek atau cat
7. Wood filler ( penutup lubang )
8. Kertas pasir

Caranya mudah aje.
1. Buat lakaran lukisan perabot kita
2. Cari kayu pallet yang tidak digunakan lagi.
3. Ambil tukul dan tanggalkan pakunya
4. Cabut paku-paku yang tertinggal
5. Ketam kayu yang hendak digunakan
6. Potong mengikut saiz yang kita kehendaki
7. Paku kayu mengikut bentuk perabot yang kita lukis.
8. Gosok dengan kertas pasir
9. Buat kemasan. Di syelek atau dicat.
10. Letakkan cermin diatasnya.

Tuesday, 4 November 2014

KURSUS MEMBUAT PERABUT

Salam dan Selamat sejahtera.
Setelah sekian lama saya berjanji dengan rakan-rakan untuk mengadakan kursus maka baru kali ini saya dapat tunaikan. Saya telah beberapa kali nak membuat kursus ini tapi disebabkan masa saya yang  padat dengan bisnes dan jadual kerja saya maka saya terpaksa tangguhkan. Dan kali ini saya bersyukur kerana mempunyai masa terluang disebabkan pelajar-pelajar saya sedang cuti semester . Kursus yang saya akan adakan adalah pada masa dan tempat seperti dibawah :-

         NAMA KURSUS               :    KURSUS ASAS MEMBUAT PERABUT
         TARIKH KURSUS            :    30HB.NOV.2014
         TEMPAT                            :    NO.10, JALAN HIJAU , TAMAN BUKIT PASIR, 83000
                                                          BATU PAHAT JOHOR.
         TEMPOH                           :   1 HARI
         MASA                                :    8.30 PAGI    -   5.00 PTG
         BAYARAN                        :   RM450.00
         MAKAN DISEDIAKAN   :   MINUM PAGI/MAKAN TENGAHARI/MINUM PTG
         BAHAN                              :   DISEDIAKAN
         NOTA                                 :   DIBERI
         SIJIL                                   :   BERI

JADUAL KURSUS       :

-          PENGENALAN                      -   9.00    -  9.15 PAGI
-          ALAT DAN BAHAN              -   9.15    -  10.30 PAGI
-          REHAT/MINUM PAGI         -  10.30   -  11.00 PAGI
-          AMALI                                    -  11.00    -  12.30 PTG
-         MAKAN TENGAHARI          -  12.30    -  2.00 PTG
-         AMALI                                     -   2.00      -  4.30 PTG
-         PENYAMPAIAN SIJIL/PENUTUP
-         MINUM PETANG/BERSURAI.

PENDAFTARAN BOLEH DILAKUKAN DI EMAIL : SKILLPERABUT@GMAIL.COM ATAU WASAP KE 012-7869205. NYATAKAN NAMA, ALAMAT DAN  NO.HP.
CALON-CALON YANG BERJAYA AKAN DIHUBUNGI MELALUI HP DAN EMAIL.

Pihak kami hanya boleh mengambil 20 peserta sahaja dalam satu masa. Jika terdapat lebih calon yang mendaftar maka calon akan dicadangkan ke tarikh minggu yang seterusnya. Calon yang mendaftar dahulu akan diberi keutamaan.  Cepat jangan terlambat. Jangan membuat bayaran dahulu kerana cara membuat bayaran akan dimaklumkan melalui email/wasap. segala pertanyaan boleh hubungi hp diatas.  Sesiapa yang memerlukan penginapan boleh hubungi penganjur. tq

Sunday, 2 November 2014

Kabinet Simpan Barang

Seorang rakan bertanya saya. Macamana nak buat kabinet simpan barang yang nampak cantik dan kemas. Lalu saya bagi contoh kabinet yang saya buat untuk pelanggan. Ia diletakkan disatu sudut dapur rumah hingga ke aras siling. Mempunyai 4 pintu dan ditengahnya diletakkan pintu cermin yang terang dan di bahagian dalamya dipasang cermin muka. Bahagian dalam kabinet ni boleh menyimpan periok, alat-alat memasak dan carpet rumah. Kotak bercermin pula diletakkan set cawan dan pinggan mangkok yang mahal. Nampak kemas dan menarik. 


Peminat Blog Saya

Semalam saya ke rumah pelanggan bersama pekerja untuk memasang kabinet. Tiba-tiba datang seorang jiran taman itu datang dan melihat pekerja memasang kabinet disitu . Beliau bertanya kepada saya kilang di mana? Dan saya menjawab , di semerah Batu Pahat Johor. Kemudian beliau berkata lagi, saya selalu mengikuti blog seorang designer perabut di Semerah jugak. Saya tanya dia, apa nama blog tu ? Skillperabut.blogspot.com. Oh...ye ke? saya ingat saya nak jumpa dia nak designkan rumah saya. Encik kenal ke designer tu.  Sayalah orangnya. Ohhh....ye ke? Teruja sangat saya jumpa blogger terkenal tu dan dapat menempah kabinet dari tuan. Tak de lah terkenal cuma ramai yang mengikuti blog saya dan berhubung dengan saya. Cikgu buatlah kelab pengikut blog cikgu yang jadi peminat design cikgu macam saya ni. Pengunjung pun dah puluhan ribu.Saya cuma ketawa aje.. Dalam hati, aku ni blogger terkenal ke.... ha..ha.. mudah-mudah aku tidak dibuai mimpi.